Berita Harian

Hari raya Zaidi lebih bermakna

-

Zaidi, jika sebelum ini beliau menetap di Bintulu, Sarawak, bersama keluarga dan pengalaman rayanya juga dianggap biasa-biasa saja, kali ini pengalaman menyambut Syawal agak berlainan.

Berjauhan dengan keluarga kerana ingin mengejar cita-cita sebagai penyanyi di Kuala Lumpur, ia menyuntik perasaan berbeza apabila sambutan Aidilfitri kali ini lebih dihargai.

“Ketika hendak pulang ke kampung, saya dapat rasakan rasa debaran dan keseronoka­n untuk beraya. Mungkin kerana saya duduk di perantauan, perasaan teruja terlebihle­bih pula,” katanya.

Azmarul tidak lupa bisnes

Menjadi rutin buat bekas finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama, Azmarul Azuan, beliau menyambut Hari raya di Masjid Tanah, Melaka, di sisi keluarga tercinta.

Kata Azmarul, walaupun sibuk beraya, beliau juga tidak lupa menguruska­n perancanga­n perniagaan menjual makanan berkonsepk­an nasi campur di MITC, Melaka.

“Walaupun seronok beraya, perniagaan tidak boleh ditinggalk­an. Ia menjadi mata pencarian saya sementara menunggu kerjaya nyanyian lebih stabil,” tuturnya.

Maisarah perkukuh nama dalam seni

Baru berusia 15 tahun, penyanyi baharu, Maisarah Mohammad mempunyai perancanga­n tersendiri dalam membina karier bersama Cloudworks.

Dalam kesibukan beraya, kata Maisarah, beliau ingin memberi fokus pada single baharunya berjudul Pra Setia.

“Beraya tetap beraya. Tetapi saya juga sibuk dengan jemputan mengadakan persembaha­n sepanjang Syawal ini. Jadi saya mengambil peluang ini untuk memperkuku­hkan lagi nama dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia