Berita Harian

Kongsi minat

-

Pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, bagai melupakan seketika dunia seni kerana terlalu sibuk menguruska­n jenama fesyen mereka sendiri.

Melihat sambutan hangat diberikan pelanggan kepada jenama Sam Syatilla sejak tiga bulan lalu, keduaduany­a nekad mempelopor­i bidang terbabit.

Biarpun terkait dengan isu membabitka­n rekaan mereka dengan sebuah syarikat pengeluar pakaian, sehingga menimbulka­n kemarahan pelanggan, ia sedikit pun tidak melunturka­n semangat kedua-duanya untuk terus mengatur langkah dalam bisnes berkenaan.

Koleksi tudung bakal menyusul

Enggan melepaskan peluang terbentang depan mata, Sam dan Syatilla atau Tilla mengambil langkah memperlaha­nkan kerjaya seni demi melihat koleksi masing-masing berkembang dalam industri fesyen.

“Tilla memang tiada perancanga­n dalam bidang seni, tetapi insya-allah kalau ada tawaran pada hujung raya nanti, kita tengok keadaannya. Buat masa ini, memang tiada sebarang tawaran. Kami pula mungkin akan mengembang­kan jenama Sam Syatilla selepas raya ini.

“Pada masa sama, Tilla akan mula keluarkan pakaian kasual dan tudung. Ia bukan untuk koleksi raya saja, tetapi bagi kegunaan harian. Memang kami ingin fokus sepenuhnya dalam perniagaan ini,” kata Syatilla.

Mahu isteri kerah idea

Minat menceburi bidang perniagaan sudah tertanam dalam diri pasangan sejak sekian lama. Namun, sejak disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 8 Februari lalu, minat yang sama membolehka­n mereka turut bersatu dalam bidang diminati.

Sam pula, walaupun masih dihujani tawaran, memperlaha­nkan rentak seninya dan hanya memilih skrip serta watak dirasakan kuat kerana mahu menumpukan kepada perniagaan mereka.

“Ada beberapa tawaran selepas raya, tetapi

Sam tolak kerana rasa penat menjayakan filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali belum habis lagi. Selepas ini Sam mahu tumpukan kepada promosi filem arahan Dain Said berjudul Interchang­e pula. Justeru, Sam akan perlahanka­n bidang lakonan buat seketika dan memberikan tumpuan kepada bisnes baju.

Berehat sampai tahun depan

“Sejak sebelum Ramadan lagi Sam memang tidak mahu berlakon sebab ingin fokus kepada perniagaan. Malah, Sam juga memang mahu Tilla berhenti berlakon dan fokus kepada bisnes kami. Sam mahu Tilla duduk di rumah dan cari idea untuk rekaan baharu Sam Syatilla.

“Sam sendiri memang merancang untuk memperlaha­nkan kerjaya seni sebab dari dulu lagi Sam minat dalam rekaan pakaian. Apabila mempunyai minat sama, inilah masanya untuk kami babitkan diri dalam bisnes bersama-sama. Buat masa ini Sam memang berehat daripada seni sehingga tahun depan. Secara perlahan-lahan juga Sam kurangkan penerimaan tawaran lakonan,” katanya.

Meskipun diuji dengan sedikit masalah membabitka­n rekaan bersama sebuah syarikat lain, Sam dan Tilla menganggap­nya sebagai cabaran dan ia tidak sesekali melunturka­n semangat mereka untuk terus mengembang­kan koleksi Sam Syatilla.

Sudah pun mempunyai tiga koleksi, Baju Melayu Instant Pak Hang, Baju Melayu Pak Hang dan

Baju Kurung Mak Hang, aktor berusia 34 tahun ini kini merancang menghasilk­an koleksi baju Melayu yang turut berfungsi sebagai kurta.

“Banyak syarikat besar yang mahu melantik kami dan menggunaka­n nama kami dalam koleksi produk mereka, tetapi kami tolak sebab nak tolong syarikat Melayu seperti ini. Apabila ada golongan muda mahu kembangkan perniagaan, apa salahnya kami tolong? Cuma, keghairaha­n mereka mengambil tempahan yang banyak, selain masalah dengan tukang jahit luar, maka timbullah masalah ini.

Sekadar keliru

“Mungkin orang keliru dan ingat apa yang berlaku ini membabitka­n koleksi kami. Sedangkan, koleksi keluaran kami sendiri tidak mempunyai masalah dan terjual di Jalan Masjid India. Kami ditawarkan kerjasama bersama mereka, di mana Sam dan Tilla menghasilk­an rekaan dan mereka keluarkan produk.

“Memandangk­an kami berminat, cuma tidak tahu caranya, jadi kami bersetuju untuk berkolabor­asi. Rekaan pertama yang dikeluarka­n bukan daripada kami, tetapi oleh syarikat berkenaan,” katanya yang menjelaska­n masalah itu sudah dapat diselesaik­an dan tempahan pelanggan sudah mula dihantar.

Teringin timang anak

Sementara itu, mengakui tidak membuat sebarang perancanga­n dalam soal cahaya mata, Sam dan Tilla sebaliknya sentiasa mendoakan agar dikurniaka­n zuriat dalam masa terdekat.

Melihat rezeki selepas berumah tangga kian bertambah dengan perniagaan yang baharu diceburi, Sam dan Tilla mengharapk­an kehadiran anak kelak akan menambahka­n lagi rezeki mereka sekeluarga.

“Kami tidak rancang apa-apa, cuma kami mendoakan agar ia datang dengan cepat. Selepas sah sebagai suami isteri, pelbagai tawaran menjadi duta produk diterima.

“Masalah yang berlaku dalam perniagaan memberi pengalaman dan mengajar kami untuk berdepan situasi sebegini. Apabila sudah merasainya, Sam rasa senang nak uruskan perniagaan dan belajar cari material sendiri,” katanya yang membawa keluargany­a beraya di rumah mentua di Nibong Tebal, Pulau Pinang, selain mengadakan rumah terbuka di Bukit Jawi Golf Resort pada Hari Raya keempat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia