Berita Harian

Deklamasi ubah penampilan diri

Minat Lin Haslinaz berkembang apabila sering memenangi pertanding­an

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Kuala Lumpur sebentar hal yang berlaku di sekeliling. Saya menjadi lebih berani dan yakin berhadapan khalayak ramai untuk menghayati bait-bait puisi yang dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri,” katanya.

Asahbakat

Puan Haslinaz yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas itu berkata, pembabitan­nya dalam bidang sastera semakin serius ketika melanjutka­n pengajian di Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Katanya, ketika itu, dia pernah mewakili

UITM dan seterusnya menjadi johan deklamasi antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia, selain mewakili UITM ke peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Antara pensyarah yang terbabit dalam mengasah bakat saya ketika di UITM ialah Dr Bambang dan

Pak Herman (Indonesia). Mereka lebih menekankan kualiti vokal dan penghayata­n dalam deklamasi.

“Selain itu, saya juga mula mengenali Pak

Agi (A Ghaffar Ibrahim), penyair negara yang pernah memenangi SEA Write Award. Beliau antara penyair yang paling banyak memberikan nasihat, semangat dan panduan dalam deklamasi hingga kini,” katanya.

Ibu kepada dua anak orang itu berkata, pelbagai pengalaman yang diperoleh sepanjang berada dalam dunia puisi mematangka­n dirinya dan kini sering menerima undangan persembaha­n sama ada di pentas korporat atau berprestij.

Kongsi ilmu

Katanya, bukan wang ringgit yang diharapkan walaupun hakikatnya bayaran setimpal diterima menjadi penghormat­an besar kepada seorang deklamator, tetapi baginya lebih kepada kepuasan diri ketika membuat persembaha­n.

“Syukur kerana keluarga sentiasa menyokong perjuangan saya selama ini selain sanggup berkorban masa dan kasih sayang demi merealisas­ikan minat saya,” katanya.

Puan Haslinaz berkata, pada masa sama, beliau turut mengingatk­an dirinya supaya tidak lokek ilmu dan bersedia berkongsi ilmu yang dipelajari­nya dengan orang lain terutama dengan muridnya.

“Saya kini aktif melatih anak murid dengan tujuan sebagai persiapan melahirkan pelapis yang mantap pada masa hadapan.

“Untuk mendapatka­n kualiti vokal yang bagus mengambil masa lama dan mungkin bertahun, jadi saya mengambil inisiatif menggunaka­n peluang yang ada untuk berkongsi pengalaman dengan murid-murid,” katanya.

 ??  ?? Lin Haslinaz (dua dari kiri) bersama-sama anak murid SK Taman Kosas yang menyertai kumpulan puisi di sekolah.
Lin Haslinaz (dua dari kiri) bersama-sama anak murid SK Taman Kosas yang menyertai kumpulan puisi di sekolah.
 ??  ?? Lin Haslinaz (kanan) bersama-sama rakan penggiat sastera.
Lin Haslinaz (kanan) bersama-sama rakan penggiat sastera.
 ??  ?? Lin Haslinaz bersama-sama suami dan anak-anak.
Lin Haslinaz bersama-sama suami dan anak-anak.
 ??  ?? Lin Haslinaz mendeklama­sikan sajak.
Lin Haslinaz mendeklama­sikan sajak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia