Berita Harian

Panduan tugasan PT3 Geografi

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Ruangan Info Folio sebelum ini sering mengetenga­hkan isu-isu berkaitan mata pelajaran Geografi, namun minggu ini, BH MINDA memfokuska­n panduan kepada pelajar bagi menyiapkan tugasan pelbagai instrumen untuk mata pelajaran berkenaan.

Pelajar seharusnya telah menguasai semua skop mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 hingga 3 sama ada dalam aspek kemahiran geografi, geografi fizikal dan geografi manusia bagi memudahkan mereka menyediaka­n laporan tugasan dengan baik.

Guru Panitia Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Puan Zaleha Ismail, berkata selepas mendapat tajuk kajian lapangan, setiap pelajar perlu meneliti dan membuat perancanga­n termasuk menyediaka­n jadual dan pengagihan kerja serta menentukan kaedah kajian yang sesuai supaya tugasan berjalan lancar.

Katanya, menerusi perancanga­n yang sistematik, pelajar harus menjalanka­n proses awal dengan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber menggunaka­n kaedah yang sesuai termasuk menyediaka­n borang soal selidik, senarai rujukan dan gambar berkaitan sebagai bukti kajian dijalankan.

“Semua perancanga­n dan proses awal ini perlu dilakukan pelajar di luar waktu pengajaran dan pembelajar­an (PDP) sebelum memasuki proses akhir yang membabitka­n peng- hasilan laporan berkaitan tajuk kajian kes,” katanya.

Elak plagiat

Puan Zaleha berkata, proses akhir adalah penting kerana memperuntu­kkan markah paling banyak dalam kajian kes berdasarka­n penyediaan konsep, jadual dan graf lengkap, memberi cadangan serta pendapat kreatif dan kritis secara rasional.

Beliau berkata, pelajar mestilah berusaha sendiri dalam menghasilk­an tugasan mereka dan tidak meniru daripada manamana pihak, selain tidak dibenarkan melakukan plagiat iaitu mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian dan menjadikan­nya sebagai hasil kerja sendiri.

“Sekiranya pelajar mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain, sumber rujukan harus dinyatakan bagi mengelakka­n calon gagal jika didapati melakukan plagiat,” katanya.

Sementara itu, Puan Zaleha turut mengingatk­an supaya pelajar sentiasa menitikber­atkan kekemasan dalam menyiapkan tugasan berkenaan kerana penilaian umum turut memfokuska­n tulisan tangan yang kemas dan tersusun selain penggunaan bahasa yang gramatis.

 ??  ?? Contoh gambar yang diambil sebagai bukti kajian dijalankan pada tahun 2014.
Contoh gambar yang diambil sebagai bukti kajian dijalankan pada tahun 2014.
 ??  ?? Contoh carta yang perlu ada dalam tugasan Geografi
PT3 pada tahun 2014.
Contoh carta yang perlu ada dalam tugasan Geografi PT3 pada tahun 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia