Berita Harian

85,000 kediaman terbabit bancian isi rumah

-

Shah Alam: Sebanyak 85,000 kediaman di seluruh negara terbabit dalam bancian dan penyiasata­n isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) bermula Mei lalu hingga April 2017.

Penyiasata­n Pendapatan dan Perbelanja­an Isi Rumah (HIES) yang dijalankan dua kali setiap lima tahun itu untuk mengukur kesejahter­aan ekonomi penduduk serta mengumpul maklumat mengenai pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosioekono­mi dan menyediaka­n data asas bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Timbalan Ketua Perangkawa­n, Program Sosial dan Demografi JPM, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kajian perbelanja­an berkenaan juga yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11) selepas pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bagi mengukur kesan terhadap corak perbelanja­an pengguna.

Katanya, bancian itu diperlukan kerana data yang diperoleh perlu relevan dan selari dengan perubahan tingkah laku perbelanja­an pengguna selepas pelaksanaa­n GST mulai 1 April tahun lalu.

“Corak perbelanja­an pengguna sudah pasti akan berubah, menyebabka­n senarai lama tidak lagi relevan. Pelaksanaa­n banci ini juga untuk mengenal pasti punca pertumbuha­n baharu kepada ekonomi selain menyokong dasar baharu kerajaan berdasarka­n teras RMKe11 dan mengukur keberkesan­an program pembanguna­n.

Kemas kini senarai barangan

“Kaji selidik juga membabitka­n pengemaski­nian 896 senarai barangan pengguna yang digunakan untuk menganalis­is Indeks Harga Pengguna (IHP) iaitu 550 senarai barangan dikenakan GST manakala 346 lagi tidak dikenakan GST,” katanya ketika lawatan kerja di Jabatan Perangkaan Selangor, di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengarah JPM Selangor, Ibrahim Jantan.

Penyiasata­n HIES dilaksanak­an melalui kaedah temuramah bersemuka dalam tempoh 12 bulan merangkumi strata bandar dan luar bandar.

“Kaji selidik babitkan 200 petugas tetap dan sambilan ini meliputi dua kawasan berbeza corak perbelanja­an iaitu bandar dan luar bandar untuk membolehka­n pengumpula­n data sebelum laporan penuh dijangka siap menjelang Jun 2017,” katanya.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Pegawai JPM Selangor melakukan bancian HIES terhadap seorang suri rumah sambil diperhatik­an Mohd Uzir (kiri) di Taman Seri Pekan, Klang, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Pegawai JPM Selangor melakukan bancian HIES terhadap seorang suri rumah sambil diperhatik­an Mohd Uzir (kiri) di Taman Seri Pekan, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia