Berita Harian

APSS lebih berkesan: TPM

Sistem saringan awal sesuai tapis warga asing berbanding visa

-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) yang akan dilaksanak­an kerajaan tidak lama lagi, lebih baik serta berkesan bagi menapis setiap warga asing yang masuk ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem berkenaan lebih sesuai dilaksanak­an berbanding cadangan mengenakan visa terhadap pelancong dari negara Asia Barat dalam usaha mengekang kemasukan pengganas.

Katanya, melalui sistem berkenaan, maklumat setiap warga asing yang ingin masuk ke Malaysia akan diperoleh secara terus dengan polis antarabang­sa (INTERPOL) dan agensi keselamata­n serta imigresen dari negara yang menggunaka­n sistem sama.

Maklumat lengkap

“Sebanyak 30 juta orang datang ke Malaysia setiap tahun daripada pelbagai kumpulan dan APSS ini dapat memberi maklumat secara lengkap, termasuk jika adanya pasport palsu atau dokumen perjalanan tidak sah.

“Kalau ada salah laku (warga asing), maklumat segera akan diterima daripada negara sum- ber dan kita akan tahan sebelum bertolak atau sebaik tiba di Malaysia.

“Sistem ini dilaksanak­an oleh tiga perempat negara di dunia dan perkara ini kita akan bawa untuk dimuktamad­kan ke Majlis Ekonomi dan Jemaah Menteri yang akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas taklimat daripada Duta Besar Malaysia, Datuk Zainuddin Yahya sebaik tiba bagi menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-11 di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, dilaporkan kerajaan menolak cadangan untuk mengkaji semula pemberian visa kepada individu dari Asia Barat seperti dicadangka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi mengekang kemasukan anggota militan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid pada sidang media mengenai ASEM Ke-11, di Ulaanbaata­r, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid pada sidang media mengenai ASEM Ke-11, di Ulaanbaata­r, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia