Berita Harian

Lokasi stesen kereta api laju Kl-singapura kurang strategik

Jarak kurang daripada 50km dikhuatiri ganggu prestasi HSR untuk cecah kelajuan maksimum

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pakar pengangkut­an berpendapa­t beberapa lokasi stesen kereta api berkelajua­n tinggi (HSR) Kuala Lumpursing­apura kurang strategik dan perlu dikaji semula.

Malah, ada pandangan stesen Putrajaya terlalu hampir dengan Terminal Bandar Malaysia, iaitu kira-kira 26 kilometer (KM) dan tidak sesuai untuk perkhidmat­an HSR yang berkelajua­n 320 km/jam.

Pakar pengangkut­an dari Forum Pengangkut­an Awam Darat, Prof Madya Sabariah Mohamad, berkata jarak beberapa stesen yang kurang daripada 50 km dikhuatiri mengganggu prestasi HSR untuk mencecah kelajuan maksimum.

Katanya, analisis lebih teliti perlu dilakukan bagi menetapkan kelajuan kereta api, struktur sistem, perkhidmat­an dan seumpamany­a sekali gus mewujudkan Indeks Prestasi Utama (KPI) atau petanda aras perkhidmat­an yang jelas.

“Tidak ada jarak tertentu untuk ditetapkan antara dua stesen kerana ia bergantung kepada teknologi yang digunakan, dan saya yakin projek HSR Kuala Lumpursing­apura ini pasti menggunaka­n teknologi terkini.

Beri impak maksimum

“Analisis juga perlu dilakukan terhadap permintaan pengguna dan pasaran bagi memastikan lokasi stesen memberi impak maksimum daripada aspek kepengguna­an mahupun pertumbuha­n ekonomi,” katanya kepada BH, semalam.

Projek HSR, yang disasarkan memulakan operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Terminal Bandar Malaysia, (Kuala Lumpur) Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Terminal Jurong East di Singapura.

Sementara itu, seorang lagi pakar pengangkut­an menyaranka­n jarak antara dua stesen ditetapkan kepada lebih 50km, selain setiap negeri dihadkan kepada satu stesen sahaja.

“Jarak antara dua stesen sepatutnya jauh, sama ada menyamai atau lebih jauh daripada jarak stesen Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS).

“Lokasinya sama ada ibu negeri atau kawasan sedang membangun bagi memberi impak pertumbuha­n ekonomi. Sebagai contoh, lokasi Seremban 2 yang sedang membangun pesat lebih sesuai berbanding bandar Seremban,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia