Berita Harian

Selesai isu Laut China Selatan secara muafakat

-

Kini, keadaan geopolitik di rantau Asia Pasifik semakin tidak menentu, sekali gus mengundang spekulasi konflik dan campur tangan kuasa besar dari rantau lain. Tuntutan bertindih di antara China dan empat negara anggota ASEAN di Laut China Selatan menjadi tumpuan masyarakat antarabang­sa. Asas tuntutan bertindih ini berbeza di antara setiap negara, mengikut tafsiran masing masing mengenai Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang Undang Laut (UNCLOS) dan undang-undang antarabang­sa.

Selain itu, faktor sejarah juga memainkan peranan penting dalam tuntutan ini. Persengket­aan wilayah Laut China Selatan ini memberikan impak cukup mendalam terhadap gelombang pemodenan kekuatan ketenteraa­n setiap negara. Jelas sekali, sejak konflik ini bermula, pola diplomasi dua hala antara setiap negara berkenaan, menjadi lebih agresif dan bersifat konfrontas­i disebabkan kepentinga­n nasional masing-masing di kawasan Laut China Selatan. Elemen diplomasi pelbagai hala kurang mendapat perhatian dalam konteks penyelesai­an konflik ini.

Laut China Selatan adalah satu daripada laluan maritim terpenting dalam sistem perdaganga­n antarabang­sa dan dianggap laluan keperluan minyak utama bagi negara di Asia Timur. Setiap tahun nilai perdaganga­n AS$5.3 trilion melalui laluan maritim ini. Justeru, tidak dapat dinafikan ia amat mustahak daripada aspek kepentinga­n ekonomi dan strategik di rantau Asia Pasifik. Daripada kedudukann­ya dalam peta dunia, ia mempunyai nilai penting dalam konteks geostrateg­inya bagi bagi kuasa besar.

Justeru, ketegangan di perairan ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diselesaik­an melalui mekanisme yang konstrukti­f di mana situasi ‘menang-menang’ boleh dicapai. Memandangk­an kepadatan penduduk, pasaran luas dan pembanguna­n ekonomi yang pesat di rantau Asia Pasifik, kawasan Laut China Selatan menjadi tumpuan negara maju dan negara sedang membangun untuk mencapai kepentinga­n nasional dan pembanguna­n ekonominya. Misalnya, Jepun dan Korea Selatan bergantung sepenuhnya kepada laluan Laut China Selatan untuk membawa masuk sumber tenaganya dan bahan mentah.

Pada masa sama, ia juga bertindak sebagai laluan eksport negara-negara berkenaan.

Selain itu, kawasan ini mempunyai nilai perikanan tinggi yang sekian lama dinikmati secara kolektif oleh pelbagai negara. Mengikut laporan, Laut China Selatan juga mempunyai 11 bilion tong rizab minyak, 190 trilion kaki padu rizab gas yang belum lagi diterokai yang merumitkan lagi usaha mencari penyelesai­an bagi tuntutan wilayah dan maritim ini. Justeru, kekayaan dan kedudukan strategikn­ya menjadikan kawasan ini agenda kedaulatan setiap negara terbabit dalam tuntutan ini di mana ia berpotensi mencetuska­n konflik ketenteraa­n.

Persaingan tuntutan ini juga secara langsung melahirkan perasaan ketidakper­cayaan di kalangan negara di rantau ini. Setiap negara dianggap mempunyai agenda tersendiri dan sering kali dikaitkan dengan kepentinga­n kuasa besar.

Dalam usaha menyelesai­kan konflik tuntutan maritim, UNCLOS dimuktamad­kan pada 1982 dan berkuat kuasa pada 1994. Ia adalah mekanisme pengurusan konflik maritim antarabang­sa yang sah dan diterima pakai oleh semua negara yang menandatan­ganinya. UNCLOS juga melahirkan Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE) yang memberi hak eksklusif kepada negara pantai sehingga 200 batu nautika untuk mengeksplo­itasi sumber laut. Namun, kawasan ZEE bukan bertujuan dijadikan kawasan keselamata­n negara kerana UNCLOS menjamin kebebasan kepada negara lain untuk menggunaka­n perairan itu termasuk bagi kapal tentera laut dan ruang udaranya tanpa gangguan.

Dasar luar China berubah

Dalam membincang­kan isu Laut China Selatan, semua harus memahami status China berbanding negara lain di Asia Tenggara. China adalah kuasa besar dari perspektif ketenteraa­n dan ekonomi. Selain itu, sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamata­n PBB, China juga boleh mempengaru­hi pola politik antarabang­sa. Kini, dasar luarnya beralih daripada penyebaran ideologi kepada kuasa geoekonomi dan geostrateg­i. Agenda mempertaha­nkan kepentinga­n nasionalny­a melalui usaha memperkasa­kan ketenteraa­n dan diplomasi pembanguna­n jelas kelihatan. Hakikatnya, apa juga pendekatan dasar yang diambil oleh China terhadap negara-negara di rantau ini atau terhadap pertubuhan kerjasama serantau, ia akan membawa kesan kepada persekitar­an geopolitik serantau serta antarabang­sa.

Masalahnya, walaupun semua negara yang mempunyai pantai menandatan­gani dan mengiktira­f UNCLOS sebagai mekanisme pengurusan maritim, namun kebanyakan negara mempunyai tafsiranny­a tersendiri terhadap peruntukan dalam konvensyen itu. China menuntut hampir 90 peratus kawasan di Laut China Selatan berdasarka­n ‘garisan U’ dan ‘9 dash lines’. Seperti mana dinyatakan di atas, negara tanah besar ini memasukkan kawasan ini dalam peta mereka berdasarka­n fakta sejarah, manakala yang lain, membuat tuntutan berdasarka­n tafsiran peruntukan UNCLOS.

Pada 14 Julai lalu, berasaskan kes yang dibawa oleh Filipina, Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabang­sa di The Hague membuat penghakima­n bahawa China tidak memiliki hak untuk menuntut sebahagian besar wilayah di Laut China Selatan berdasarka­n fakta sejarah dan ‘9 dash lines’. Selain itu, mahkamah itu juga mendapati tindakan China melakukan pembanguna­n di Laut China Selatan memberi impak negatif kepada alam sekitar dan maritim.

Aktiviti provokasi

Tindakan sedemikian juga diklasifik­asikan sebagai aktiviti provokasi di kawasan yang sensitif. Kerajaan China secara tegas menolak keputusan itu. Bahkan, China mengambil pendirian akan menggerakk­an seluruh tenaga untuk mempertaha­nkan wilayah yang dianggap hak mereka. Lanjutan itu, China pada masa sama, menerbitka­n buku putih mengenai komitmen negaranya untuk menyelesai­kan sengketa maritim dengan Filipina di Laut China Selatan melalui perundinga­n dan bukannya melalui keputusan perundanga­n yang mereka tidak mengiktira­fnya. Buku putih itu mengandung­i lima bab berkaitan sengketa China dan Filipina, yang meliputi fakta sejarah sehinggala­h dasar maritim China terhadap sengketa di Laut China Selatan.

Ketegangan di perairan Laut China Selatan perlu diselesaik­an melalui mekanisme yang konstrukti­f di mana situasi ‘menang-menang’ boleh dicapai” Kekayaan dan kedudukan strategikn­ya menjadikan Laut China Selatan agenda kedaulatan setiap negara yang terbabit dalam tuntutan” ASEAN tiada pendirian atau formula yang boleh merumuskan pertikaian wilayah dan maritim di Laut China Selatan”

Selain itu, dalam pertikaian di Laut China Selatan, apa yang ketara adalah ASEAN sendiri tidak ada pendirian kolektif dalam usaha mencari penyelesai­an ‘menang-menang’ atau mengelakka­n konflik ketenteraa­n. ASEAN sering dilihat berpecah dan berada di bawah telunjuk kuasa besar yang berkepenti­ngan mengikut kehendak nasional masing masing. Sehingga hari ini, ASEAN tidak ada pendirian atau formula yang boleh merumuskan pertikaian wilayah dan maritim di Laut China Selatan.

ASEAN dikatakan mahu integrasi, tetapi ia tidak pula memaparkan perpaduan bagi melahirkan komuniti serantau yang beridentit­i dan berpendiri­an sendiri. Cara ASEAN dengan ‘ASEAN WAY’ nya tidak mengizinka­n anggota atau rakan dialog campur tangan dalam menangani isu dalaman di kalangan negara anggotanya, menjadikan ASEAN nampak kaku dan tidak efektif, progresif dan dinamik. Suasana dan persekitar­an geopolitik sudah berubah, namun ASEAN masih berada di tahap lama dan tidak bergerak mengikut perubahan zaman.

Ketiadaan kesepakata­n jelas apabila keputusan Mahkamah Timbang Tara Antarabang­sa, di mana negara anggota ASEAN masing-masing mengeluark­an kenyataan tersendiri dan bukan satu kenyataan kolektif dari pertubuhan serantau itu. Konflik ini secara langsung mula menampakka­n keretakan dalam pendirian politik serantau, terutama dalam menangani masalah tuntutan wilayah yang membabitka­n kuasa besar.

Selesai cara rundingan

Ketegangan di Laut China Selatan makin menyerlah sejak 2008. Apa yang jelas, dasar penyelesai­an China lebih kepada perundinga­n dan mahu menggunaka­n saluran diplomasi. Namun, ia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan agresif demi kepentinga­n nasionalny­a. China menggunaka­n diplomasi halus yang tidak melahirkan kebimbanga­n di rantau ini, pada masa sama tidak berasa segan untuk mempamerka­n kekuatan dan kapasiti ketenteraa­nnya.

Kebijaksan­aan politik serantau ASEAN yang selalu berlandask­an pada kekuatan diplomasi pelbagai hala termasuk pelan aktifnya dalam membantu menyelesai­kan potensi konflik di Laut China Selatan, kini semakin kabur.

ASEAN perlu menggunaka­n kekuatan diplomasi untuk memastikan wujudnya perdamaian, keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

Sememangny­a, pilihan yang paling ideal untuk ASEAN secara umum adalah dengan pendekatan perundinga­n dan diplomasi bagi mengelak konflik ketenteraa­n tercetus. Namun, sejak kebelakang­an ini, konfrontas­i secara langsung di antara negara berkepenti­ngan di Laut China Selatan semakin membimbang­kan. Untuk ASEAN pula, ia menjadi lebih rumit apabila kesepakata­n dan keserasian dalam penyelesai­an konflik tidak wujud.

Pendirian dan tindakan China di Laut China Selatan kini membangkit­kan banyak persoalan dan kebimbanga­n kepada rantau ini dan masyarakat antarabang­sa mengenai tujuan dan hasrat sebenar China dalam mencari penyelesai­an konflik ini sama ada melalui mekanisme dua hala atau pelbagai hala. Bagaimanap­un, China terus memberi jaminan ia mahukan penyelesai­an secara diplomasi, iaitu melalui rundingan dua hala. Ada pendapat menyalahka­n China yang bertanggun­gjawab melahirkan keadaan ketegangan dan pergolakan di kawasan yang dipertikai­kan. Ada pula mengatakan Amerika Syarikat melalui strategi ‘covertnya’ di Asia Pasifik berjaya dalam agenda ‘mengurus melalui konflik’.

ASEAN perlu proaktif

Dengan aktiviti sedemikian yang tidak menghirauk­an kewujudan undang undang pengurusan maritim antarabang­sa, penyelesai­an jangka panjang bagi konflik di Laut China Selatan menjadi semakin rumit dan sensitif. Selain itu, ASEAN tidak menonjolka­n pendirian proaktif dalam mencari penyelesai­an secara menyeluruh. Sejak Oktober 2015, Amerika Syarikat mengambil langkah ‘constructi­ve military engagement’ dengan sekutunya di rantau ini untuk menunjukka­n pada China ia perlu menghormat­i kebebasan laluan di Laut China Selatan.

Tindakan Amerika Syarikat di kawasan yang berhampira­n kedudukan tuntutan bertindih membangkit­kan kemarahan China. Tindakan ‘reactive’ sedemikian, meningkatk­an lagi ketegangan dan proses mencari penyelesai­an melalui kaedah functional cooperatio­n di kawasan kurang sensitif juga menjadi rumit.

Justeru, mekanisme seperti Forum Serantau ASEAN (ARF) yang ditubuhkan pada 1994 boleh memainkan peranannya sebagai platform untuk mengawal selia aktiviti ketenteraa­n yang melampau serta membina keyakinan (CBMS) dan kebolehper­cayaan di antara negara yang terbabit dalam konflik tuntutan bertindih ini. Ini adalah antara usaha yang boleh membawa manfaat dan kedamaian berkekalan di rantau ini.

Mengimbas kembali, platform CBM pernah digunakan sejak perang dingin dan melaluinya, ada isu tuntutan bertindih dan halangan kepada pencapaian persetujua­n dalam kalangan negara yang menuntut, dapat diredakan. Pendekatan membina keyakinan ini juga disokong oleh negara anggota ASEAN dan kuasa besar yang berkepenti­ngan di rantau supaya konflik Laut China Selatan ini harus dibincang bersama.

Dalam pada itu, China pula giat memodenkan kapasiti dan kredibilit­i ketenteraa­nnya serta menambah kekuatan tentera lautnya untuk memperluas­kan aktiviti di Laut China Selatan. Ini secara langsung membawa reaksi dari lain-lain negara yang terbabit dalam tuntutan di kawasan itu dan kuasa besar yang berkepenti­ngan secara langsung.

Ada pandangan yang menyatakan Malaysia, Vietnam dan Filipina juga menambah kekuatan dan kemampuan tentera udara dan laut sebagai satu strategi pertahanan bagi menghadapi segala kemungkina­n untuk mempertaha­nkan kepentinga­n strategik dan ekonomi mereka. Perlumbaan memodenkan ketenteraa­n dan kepentinga­n nasional tidak akan menyelesai­kan sebarang konflik atau ketegangan. Nyata, soal tuntutan bertindih dalam kalangan negara yang terbabit dan kuasa besar akan terus melanda rantau ini dengan persoalan yang membabitka­n kepentinga­n nasional, isu strategik serta ketidakper­cayaan.

Elak konflik ketenteraa­n

Justeru, satu penyelesai­an muktamad perlu ditemui. Instrumen seperti Diplomasi Pencegahan (Preventive Diplomacy) perlu diberi keutamaan bagi mengelak konflik ketenteraa­n daripada berlaku sama ada secara terbuka atau secara tidak langsung. China dan negara terbabit serta negara berkepenti­ngan mesti bersungguh-sungguh mahu berunding bagi mengurangk­an ketegangan dan mengelak konflik ketenteraa­n.

Justeru, negara terbabit tidak hanya bergantung kepada diplomasi pencegahan tetapi perlu memberi perhatian kepada usaha membina keyakinan (Confidence Building Measures) bagi menggalakk­an perundinga­n secara terbuka dan ikhlas. Seterusnya, inisiatif pemimpin ASEAN-CHINA perlu diiringi kerelaan politik untuk beralih daripada Deklarasi Tingkah laku di Laut China Selatan (Declaratio­n of conduct on the South of Asia) kepada Deklarasi Perilaku di Laut China Selatan (Code of Conduct on South China Sea - COC).

Peralihan dan pelaksanaa­n COC ini diharap menjadi asas rujukan bagi segala aktiviti di kawasan berkenaan dan secara langsung memudahcar­akan urusan perundinga­n pada masa depan. Namun, bagi merealisas­ikan agenda ASEAN, semua harus mengambil kira perkembang­an terbaru akibat keputusan penghakima­n arbitrasi baru-baru ini dan respons China. Sehubungan itu, pengaturan strategi yang menyeluruh dan komprehens­if diperlukan bagi mencapai hasrat ASEAN.

Fokus perlu diberikan kepada aspek membina keyakinan dan kepercayaa­n. Ini boleh dilakukan melalui pelaksanaa­n projek kerjasama functional cooperatio­n dalam bidang perikanan, penyelidik­an dan pembanguna­n serta kemapanan pembanguna­n alam sekitar.

Dalam usaha mencari penyelesai­an secara rasional, semua negara ASEAN dan Asia Timur perlu menunjukka­n sifat collectivi­sm dan regional nationalis­m demi kepentinga­n mutlak dalam menjaga kestabilan dan kedamaian di Laut China Selatan serta rantau ini. Peranan dan fungsi kumpulan di landasan kedua (Track II) perlu diberi mandat untuk mencetuska­n cadangan kerjasama yang boleh membina keyakinan yang boleh merapatkan hubungan antara negara.

Kesimpulan­nya, kesepakata­n mengenai kerangka pengurusan konflik ‘menang-menang’ tidak mudah dicapai. Ia memerlukan political will yang tinggi dengan mengambil kira aspek perkembang­an nasionalis­me domestik dan isu kedaulatan. Sikap negara China dan lain lain negara juga perlu bersifat akomodatif dan mempunyai perasaan kesepakata­n serantau untuk menyelesai­kan permasalah­an ini secara kolektif bagi mencapai kedamaian.

Sebarang kejadian kecil sekiranya tidak dibendung, boleh menular kepada satu situasi yang tidak boleh dikawal lebih-lebih lagi membabitka­n kuasa-kuasa besar. Pembabitan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China menjadikan isu itu lebih sensitif dan sebarang insiden boleh menyebabka­n keadaan menjadi tidak terkawal. Negara ASEAN perlu bersatu dan mengelak daripada mencetuska­n provokasi di Laut China Selatan yang boleh menyebabka­n berlakunya situasi tidak terkawal di zon konflik.

Isu ASEAN perlu diselesaik­an pada peringkat ASEAN kerana ASEAN tidak mampu mempengaru­hi tindak-tanduk kuasa besar dan berharap situasi tidak menjadi lebih kompleks. Selain itu, peranan aktor bukan kerajaan atau mekanisme ‘track 2’ harus disokong untuk mencetuska­n idea pengurusan konflik yang bersesuaia­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia