Berita Harian

Cap jari sahkan kehadiran ke sekolah

Pepatih Mysekolah bantu pantau anak

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Ibu bapa tidak perlu bimbang lagi memikirkan sama ada anak mereka hadir atau ponteng sekolah apabila maklumat itu kini dapat diperoleh segera di hujung jari.

Ia menerusi inovasi aplikasi Pepatih Mysekolah yang membolehka­n ibu bapa memantau kehadiran pelajar secara terperinci.

Melalui teknologi biometrik, pelajar perlu mengesahka­n kehadiran menggunaka­n cap jari dan notifikasi kehadiran ke sekolah dan ia akan dihantar secara terus kepada ibu bapa melalui aplikasi itu yang dimuat turun dalam telefon pintar masing-masing.

Waktu pelajar hadir

Notifikasi yang turut dihantar kepada guru itu akan memaklumka­n waktu pelajar hadir, lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Sistem yang pertama seumpamany­a di Malaysia itu kini sudah diaplikasi­kan di empat sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda di Sentul, SMK Dato’ Ibrahim Yaacob di Jalan Ipoh dan SMK Sungai Besi di sini serta SMK Selandar di Melaka.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Batu Muda, Ahmad Nasruddin Mokti yang bertanggun­gjawab mengilhamk­an idea bagi penghasila­n inovasi itu berkata, sistem berkenaan mula dibangunka­n dan diuji pada tahun lalu, sebelum mula dilaksanak­an sepenuhnya pada Januari lalu.

“Idea menghasilk­an sistem dan aplikasi ini tercetus kerana saya mahu mengoptimu­mkan penggunaan teknologi dalam membantu guru, ibu bapa dan pelajar, sekali gus membawa kerjasama bersama seorang pengatur cara komputer tempatan.

Ringankan tugas guru

“Selain memantau pelajar, aplikasi ini turut meringanka­n tugas guru apabila tidak lagi perlu menghantar maklumat kehadiran pelajar kepada kementeria­n secara manual kerana sistemnya disambungk­an terus kepada kementeria­n,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Ahmad Nasruddin berkata, aplikasi itu juga boleh digunakan bagi memantau pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m, selain bakal dikembangk­an kepada input lain seperti pentaksira­n peperiksaa­n dan seumpamany­a.

Sementara itu, Yang Dipertua SMK Batu Muda, Dr Mohd Farid Shamsudin, berkata ibu bapa memuji inisiatif sekolah itu dan memberi maklum balas positif terhadap aplikasi berkenaan.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Pelajar mengesahka­n kehadiran menggunaka­n cap jari di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Pelajar mengesahka­n kehadiran menggunaka­n cap jari di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia