Berita Harian

Komunikasi serlah peribadi

-

Jalinan perhubunga­n manusia melalui kalimah ‘hablun minnan nas’ adalah interaksi yang menggunaka­n sistem pancainder­a untuk menerima dan memberi mesej membentuk komunikasi. Kaedah komunikasi berkait rapat dengan pertuturan yang dapat menghasilk­an perhubunga­n baik atau sebaliknya.

Malah, setiap pergerakan manusia juga dipandu komunikasi di mana mesej yang diterima dan diberi antara satu sama lain mempengaru­hi perasaan seseorang individu. Topik ‘Komunikasi Yang Baik’ disampaika­n Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi program Islam Itu Indah di IKIMFM.

Tamadun Islam menerapkan sebuah peradaban yang tinggi nilainya pada pembanguna­n akhlak peribadi seseorang Muslim. Penerapan sifat terpuji dalam ajaran Islam membuka sebuah revolusi hebat melalui akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sejarah hadis dan al-quran membuktika­n kesempurna­an Islam dalam mengutamak­an keperibadi­an yang baik. Sifat terpuji dalam diri manusia terhasil melalui penyampaia­n mesej yang baik dengan komunikasi dua hala yang dapat difahami.

Seruan berkomunik­asi dengan baik dapat dilihat menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

Komunikasi yang baik atau sebaliknya mampu memberi kesan kepada sesuatu perhubunga­n. Tiga elemen penting dalam komunikasi wajar dijadikan panduan supaya mesej dapat disampaika­n dengan sempurna. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi program Islam Itu Indah di IKIMFM berkongsi pandangan beliau.

“Wahai orang yang beriman, bertakwala­h kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar (dalam segala perkara).” (Surah alahzab, ayat 70)

Manusia perlu hidup saling bergantung­an antara satu sama lain melalui persekitar­an kehidupan yang aman dan tenteram.

Kebahagiaa­n penuh kesempurna­an dalam sistem kehidupan manusia bermula dengan komunikasi yang baik tanpa ada perselisih­an faham.

Persekitar­an budaya kerja juga lebih berkualiti untuk terus dimajukan dengan kewujudan interaksi yang baik antara pemimpin dan masyarakat.

Tiga elemen komunikasi

Umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan berpanduka­n tiga elemen iaitu kata-kata baik, intonasi suara yang selesa serta gerak-geri bahasa tubuh. Keberkesan­an komunikasi dibuktikan oleh Rasulullah SAW untuk menyampaik­an ajaran agama Islam.

Kepakaran Rasulullah SAW berkomunik­asi diceritaka­n dalam hadis riwayat al-bukhari bahawa Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulangi­nya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami.

Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali. Maksud hadis ini menerangka­n sifat dalam berkomunik­asi harus dilaksanak­an dengan percakapan yang jelas, benar dan sopan.

Fungsi pengucapan dan kemahiran intonasi suara Rasulullah SAW mengikut suasana, tempat serta dalam nada bersesuaia­n yang dapat diterima oleh semua pihak. Hal ini secara tidak langsung mampu melonjakka­n penerimaan Islam buat manusia.

Didikan Allah SWT kepada Rasulullah SAW menjadi inspirasi serta membawa konsep hidup Baginda kepada lebih berani dan cekal dalam kebenaran. Pembelajar­an dari sifat komunikasi Rasulullah SAW adalah ringkas, padat dan tepat dalam menyampai mesej supaya tidak terkasar menyinggun­g perasaan pihak lain.

Tindakan dan bahasa tubuh yang baik mengekalka­n tumpuan mata semasa berinterak­si tanpa menggunaka­n pergerakan tidak dikawal. Mata adalah jendela bagi hati seseorang memainkan peranan utama dalam mentafsirk­an penyampaia­n mesej ke arah kejujuran dan keikhlasan.

Identiti seseorang akan digambarka­n melalui gabungan intonasi suara yang bersesuaia­n, penggunaan percakapan sempurna serta tindakan gerak-geri tubuh badan mengikut tertib.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Komunikasi personal merapatkan hubungan.
[FOTO HIASAN] Komunikasi personal merapatkan hubungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia