Berita Harian

Lantik lebih ramai hakim wanita

Ubah landskap bidang perundanga­n syariah iktiraf keupayaan golongan hawa

- Oleh Norhafzan Jaafar

Lebih ramai wanita perlu diberi peluang menjadi hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi mengiktira­f kebolehan dan keupayaan mereka dalam bidang kehakiman syariah yang disifatkan setanding lelaki.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pelantikan hakim Mahkamah Tinggi Syariah tidak sepatutnya dihadkan kepada lelaki semata-mata memandangk­an wanita juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman syariah.

Sehubungan itu, ketua hakim perlu memainkan peranan dalam mengubah landskap kehakiman syariah di negara ini dengan memilih calon terbaik dan layak bagi memastikan keyakinan orang ramai mendapat keadilan.

“Semuanya terletak kepada ketua hakim syariah yang memainkan peranan termasuk menasihati Sultan dengan mengemukak­an calon terbaik selepas mendapat kelulusan daripada beberapa agensi penting lain termasuk Majlis Agama Islam Negeri.

“Mahkamah syariah mampu menjadi tempat terbaik untuk mendapat keadilan jika diterajui oleh mereka yang terbaik dan di sinilah letaknya peranan ketua hakim,” katanya kepada media selepas seminar ‘Wanita sebagai hakim dan pemimpin’, anjuran Institut Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, di sini, semalam.

Wanita berkeboleh­an

Mohd Na’im berkata, pelantikan wanita sebagai hakim tidak sepatutnya dilihat sebagai isu jantina, tetapi lebih kepada memilih calon terbaik dan mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.

“Pengalaman saya selama 15 tahun sebagai pensyarah pelawat juga mendapati majoriti pelajar terbaik dalam kehakiman syariah adalah wanita.

“Kebanyakan mereka menunjukka­n keupayaan dan kebolehan menjawab soalan dengan baik untuk meletakkan diri sebagai calon hakim terbaik berbanding lelaki.

“Kita bercakap untuk mengubah kehakiman syariah dengan memastikan rakyat mampu mendapat keadilan daripada sistem mahkamah syariah. Tetapi perkara ini hanya akan dapat dicapai jika mendapat hakim yang terbaik,” katanya.

Selangor mencatat sejarah apabila melantik dua wanita sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama di negara ini, pada Jun lalu.

Pelantikan Pegawai Kanan Syarie Persekutua­n, Jabatan Peguam Negara, Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, dan Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Noor Huda Roslan, 40, disifatkan sebagai permulaan kepada wanita untuk diberi kepercayaa­n dan amanah besar dalam bidang kehakiman syariah.

Tingkatkan karier

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Noor Huda Roslan ketika pembentang­an pada seminar berkenaan berkata, pelantikan hakim wanita dalam kehakiman syariah bertepatan dengan transforma­si sistem kehakiman syariah, selain mampu meningkatk­an perkembang­an karier pegawai syariah wanita untuk setanding dengan lelaki.

Katanya, pelantikan mereka juga mampu mengubah tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mahkamah syariah sering kali tidak berlaku adil terhadap wanita.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Noor Huda dan Nenney Shuhaidah (kanan) mencatat sejarah dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama di negara ini.
[FOTO HIASAN] Noor Huda dan Nenney Shuhaidah (kanan) mencatat sejarah dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama di negara ini.
 ??  ?? Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutua­n.
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutua­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia