Berita Harian

Balotelli tak usah bazir bakat: Pirlo

Milan dan Liverpool kelihatan enggan terimanya semula

-

Mario Balotelli ‘ditegur’ oleh legenda Itali, Andrea Pirlo supaya berhenti membazirka­n bakatnya.

Pirlo yang pernah bermain bersama Balotelli dalam skuad kebangsaan Itali mengakui dia kecewa dengan persembaha­n bekas penyerang Liverpool itu.

Katanya, dia dapat melihat potensi besar yang dimiliki Balotelli ketika mereka beraksi bersama Azzurri namun kini, di usia 25 tahun, pemain itu sepatutnya sudah menjadi antara penyerang terbaik di dunia.

Selain ditinggalk­an bekas pengurus Itali, Antonio Conte dalam kempen Euro 2016, pengurus The Reds, Jurgen Klopp juga dikatakan sudah mengarahka­nnya untuk ‘mencari’ kelab lain kerana masanya di Anfield sudah berakhir.

“Dia mengecewak­an saya, namun saya masih menyayangi Mario,” kata legenda AC Milan dan Juventus berusia 37 tahun itu yang mengakui masanya sudah semakin singkat buat Balotelli untuk menyelamat­kan kariernya.

Penyerang terbaik

“Ketika saya biasa melihatnya berjalan ke kem latihan bersama Itali, dia mempunyai senyuman yang besar di wajahnya - dan saya boleh ketawa - dan mula berfikir apa yang difikirkan­nya, apa yang dia akan lakukan?

“Mario bukan saja karektor yang ditulis oleh media mengenai beritanya yang baik. Kita tidak boleh lupa betapa istimewany­a dia. Saya pernah bermain dengan beberapa pemain terbaik, dan saya memberitah­u kamu yang Mario mempunyai segala-galanya untuk menjadi penyerang terbaik di dunia.

“Ketika ini saya fikir di mana dia akan berada, itulah tempat yang dia perlu berada. Dia tidak mempunyai masa untuk terus dibazirkan,” katanya.

Begitupun, pilihan Balotelli ketika ini tampak terhad dan kelab impiannya, Milan sudah pun terlepas peluang untuk membelinya ketika tempoh perpindaha­nnya berakhir. Agensi

Ketika ini saya fikir di mana dia akan berada, itulah tempat yang dia perlu berada. Dia tidak mempunyai masa untuk terus dibazirkan” Andrea Pirlo, Legenda Itali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia