Berita Harian

Giliran Bruce dipelawa bimbing Three Lions

Ditemuduga selepas FA England temui Sam Allardyce

-

London

Bos Hull City, Steve Bruce muncul pengurus kedua ditemuduga bagi jawatan jurulatih kebangsaan England.

Pengendali berusia 55 tahun itu sudah mengadakan perbincang­an mengenai keinginann­ya itu dan dipercayai, dia berkemungk­inan bekerja bersama sama ada Alan Shearer atau Rio Ferdinand - dua bekas pemain yang mempunyai karier menakjubka­n.

Bruce yang juga bekas kapten Manchester United dikatakan “sangat berminat” dengan peranan terbabit dan kelabnya sedar dengan minat daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) itu.

Dipercayai, ketiga-tiga orang kuat FA, Timbalan Pengerusi, David Gill, Ketua Teknikal, Dan Ashworth dan Ketua Pegawai Eksekutif, Martin Glenn hadir ketika proses temuduga terbabit.

Rasa teruja

Begitupun, bos Sunderland, Sam Allardyce masih kekal sebagai pilihan utama dengan kelabnya mahu FA membuat keputusan dengan pantas.

Ketika ditemui tiga hari lalu, Bruce berkata: “Sudah tentu, saya akan gembira jika mereka (FA) menghubung­i saya.”

“Ia pasti menjadi sesuatu yang menyeronok­kan untuk membantu England. Saya sudah mengharung­i perkara ini selama 40 tahun. Lebih kurang seribu perlawanan sebagai pemain, lebih 800 sebagai pengurus. Ia petang Sabtu yang banyak.”

Bruce sebelum ini pernah bermain bersama kelab Gillingham, Norwich, Manchester United, Birmingham dan Sheffield United.

Dia juga pernah menguruska­n kelab Sheffield United, Huddersfie­ld, Wigan, Crystal Palace, Birmingham dan Sunderland selain Hull musim lalu - kelab yang dibantunya mendaki ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

 ??  ?? Bruce antara nama dikaitkan menjadi pengurus England.
Bruce antara nama dikaitkan menjadi pengurus England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia