Berita Harian

Malaysia tekad pertahan industri sawit

-

S: Apakah visi dan misi Datuk Seri dalam industri komoditi di negara ini?

J: Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atas kepercayaa­n dan keyakinan beliau kepada saya. Ramai menganggap saya sudah dimaklumka­n terlebih dahulu (mengenai pelantikan), tetapi sebenarnya saya memang tidak tahu.

Apabila pengumuman pelantikan saya untuk menerajui kementeria­n ini dibuat, saya pada masa itu berada di China. Saya tiba pada waktu pagi (di China) hari berkenaan untuk mengambil bahagian pada Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Untuk rekod, ia (pelantikan itu) tidak pernah dibincangk­an sebelum ini dalam Kabinet. Pelantikan itu adalah hak Perdana Menteri.

Ya, saya bersetuju dengan anda yang tugas ini mempunyai tanggungja­wab besar. Kami benar-benar perlu bekerja keras. Nilai eksport bagi komoditi, yang meliputi minyak sawit, getah dan perniagaan hiliran, adalah sekitar RM117 bilion, penyumbang eksport kedua terbesar selepas elektrik dan elektronik (E&E).

Perladanga­n dan aktiviti hiliran adalah sektor sangat penting untuk negara. Ia bukan hanya membabitka­n ladang kelapa sawit dan kilang sarung tangan yang besar tetapi ia juga membabitka­n kepentinga­n kepada kira-kira 600,000 pekebun kecil dan keluarga mereka. Eksport komoditi menyumbang lapan peratus daripada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK).

Justeru, banyak perkara yang perlu dipelajari. Ramai yang memberi pandangan, tetapi saya menjelaska­n kepada mereka, saya memerlukan sekurangku­rangnya tiga minggu untuk mengetahui dan memahami sepenuhnya dengan lebih baik.

Sekarang ini adalah minggu pertama, mungkin ada beberapa soalan yang ditanya anda, saya tidak mempunyai maklumat mengenainy­a. Saya baru saja berpindah ke kementeria­n ini. Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi, namun saya yakin dengan sektor ini.

S: Sejauh mana, Datuk Seri melihat sumbangan sektor komoditi dalam pertumbuha­n ekonomi negara?

J: Sektor komoditi menunjukka­n pertumbuha­n yang agak baik. Walaupun ia bukan penyumbang sebahagian besar dalam ekonomi seperti sektor perkhidmat­an.

Kita adalah pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu eksport sarung tangan getah kita sahaja adalah berjumlah RM13 bilion. Kita juga adalah pengeluar dan pengekspor­t kedua terbesar minyak sawit selepas Indonesia. Malah, eksport lada hitam kita juga digunakan bagi kegunaan makanan, berjumlah RM500 juta. Pendapatan eksport ini disumbangk­an pekebun kecil.

Sehubungan itu, kita perlu bekerja keras untuk menjana lebih banyak permintaan global bagi sektor komoditi kita. Jika kita boleh menjana lebih banyak penggunaan, harga akan boleh naik.

Dengan nilai eksport komoditi sekarang ini, sekitar RM115 bilion, kita mahu menyasar peningkata­n sekitar lima peratus. Peratusan ini mungkin mungkin kecil, tetapi kesannya adalah besar.

Disebabkan itu, saya bersetuju dengan Perdana Menteri, bahawa sektor komoditi sangat penting. Kita perlu berusaha keras untuk pergi lebih jauh dalam sektor hiliran bagi meningkatk­an nilai tambah eksport kita.

Kita selalu menganggap China adalah rakan perdaganga­n terbesar Malaysia. Ya...itu adalah dari segi import dan eksport. Bagaimanap­un, dalam tempoh dua tahun lalu, Singapura adalah pasaran eksport terbesar Malaysia. Sebahagian besar daripada eksport kita adalah melalui pelabuhan Singapura.

Statistik Jabatan Perangkaan, menunjukka­n Singapura adalah pasaran eksport terbesar Malaysia kerana mereka menambah nilai banyak komoditi kita daripada koko dan sebagainya. Sehubungan itu, jika kita melakukan lebih banyak penambahba­ikan dalam sektor hiliran, sumbangann­ya kepada negara kita akan menjadi lebih tinggi.

S: Apakah usaha untuk menggalakk­an lebih banyak sektor hiliran dalam komoditi kita?

J: Bagi pandangan saya, kita perlu melakukan lebih banyak penyelidik­an dalam usaha menambah nilai komoditi negara. Pada masa saya menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kami bekerjasam­a dengan Agensi Inovasi Malaysia dan kami banyak mempromosi­kan aktiviti nilai tambah biojisim dan bahan bakar bio (biofuel). Melangkah ke hadapan, ia dilihat menjadi inovasi dalam pembanguna­n produk dan proses pengeluara­nnya.

Justeru, apabila membincang­kan mengenai biojisim dan bahan bakar bio, Malaysia bertuah kerana mempunyai kelebihan semula jadi. Sumber semula jadi ada di sini. Oleh itu, apabila kita berusaha lebih untuk menambah nilai pada produk hiliran, ia akan menjadi lebih kompetitif.

S: Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kempen antiminyak sawit pada masa ini, berbanding pada 1980-an, apabila mendiang Tun Lim Keng Yaik berusaha mempertaha­nkan selepas industri berkenaan menerima persaingan hebat daripada minyak sayuran lain terutamany­a minyak kacang soya?

J: Saya melihat kempen menentang industri minyak sawit adalah berterusan dan tidak henti-henti. Saya ada melihat video mengenainy­a dan saya terkejut. Saya melihat orang utan digunakan sebagai bahan propaganda biodiversi­ti terhadap industri minyak sawit.

Perancis juga turut menyokong untuk kenaikan tarif terhadap minyak sawit dan inisiatif berkenaan mungkin akan dibentangk­an semula pada September. Perancis mungkin bukan pengguna besar bagi minyak sawit, tetapi kita lebih bimbangkan mengenai akibat daripadany­a. Jika Perancis menaikkan cukai ke atas minyak sawit, ia akan mengakibat­kan kesan domino. Negara Eropah lain akan mengikutin­ya, jadi kita perlu menentang persepsi berkenaan.

Anda mungkin tahu mengenai video di Youtube yang mengatakan ‘Jangan makan Nutella kerana ia mengandung­i minyak sawit’.

Semua orang sedia maklum, kelapa sawit menjana sumber minyak paling berkesan iaitu kira-kira empat hektar setahun. Namun, kita melihat pelbagai propaganda yang dilakukan kumpulan penentang. Kumpulan penentang itu sangat kuat. Kita perlu berusaha keras untuk melawan stereotaip berkenaan. Dalam hal ini, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah berusaha keras untuk menentang kumpulan pelobi itu.

Kumpulan pelobi itu tidak pernah berhenti. Saya masih ingat pada zaman Keng Yaik, sekitar tahun 1980-an, beliau ke Amerika Syarikat (AS) untuk berhadapan dengan Persatuan Minyak Soya AS yang mengadakan kempen memburukka­n minyak sawit.

Sekarang, kumpulan terbabit terus mengadakan pelbagai propaganda dengan mendakwa penanaman kelapa sawit bukan sesuatu yang bijak, menyebabka­n pencemaran dan mengatakan minyak sawit tidak menyihatka­n.

Semua dakwaan itu adalah palsu. Bagi saya, minyak sawit adalah menyihatka­n.

S: Apakah kemajuan yang dicapai dalam industri minyak sawit, susulan daripada penubuhan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) pada akhir tahun lalu?

J: Malaysia dan Indonesia sentiasa bekerjasam­a dalam memajukan industri ini. Rakan sejawat saya, dari Indonesia dijangka tiba ke Malaysia, akhir bulan ini. Kami berharap untuk merealisas­ikan CPOPC dalam beberapa bulan akan datang dan mempunyai ibu pejabat di Jakarta.

Dalam hal ini, kita berharap dapat melihat aspek mana yang boleh kita bekerjasam­a untuk melawan proganda pelobi itu. Tidak ada gunanya kita saling bersaing antara satu sama lain. Kita perlu melihat apakah cara terbaik untuk memastikan kedua-dua negara mendapat manfaat daripadany­a. Sudah pasti, pada peringkat seterusnya, kita akan turut membabitka­n negara pengeluar kelapa sawit yang lain untuk menyertai CPOPC.

Malaysia dan Indonesia memulakan inisiatif CPOPC disebabkan secara kolektif kita menghasilk­an 85 peratus daripada minyak sawit

Ketidakten­tuan ekonomi global yang menjejaska­n permintaan, selain faktor persaingan yang semakin sengit, menyaksika­n pergerakan harga komoditi mengalami kadar naik turun yang tinggi. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada harga komoditi berkenaan, tetapi juga akan menjejaska­n pendapatan pekebun kecil di negara ini. Bagi menangani situasi berkenaan, kerajaan akan terus melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam memperkuku­hkan pertumbuha­n pembanguna­n ekonomi negara bagi mensejahte­rakan rakyat, termasuk pekebun kecil dan pengusaha industri berasaskan komoditi. Namun dalam melaksanak­annya, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi termasuk isu kempen anti minyak sawit. Ikuti temu bual wartawan BH, Kamarulzai­di Kamis, Nurhayati Abllah dan Zanariah Abd Mutalib bersama Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang baru dilantik, mengenai misi dan visi beliau serta usaha yang dilaksanak­an kerajaan untuk menangani perkara ini.

dunia. Saya akan berbincang dengan rakan sejawat saya di Indonesia. Dalam hal ini, kita mesti tegas dalam memerangi propaganda antiminyak sawit ini.

S: Sejauh mana Datuk Seri melihat produktivi­ti dalam industri minyak sawit negara?

J: Memandangk­an persaingan sengit daripada minyak lain seperti soya, biji sawi dan bunga matahari, kita perlu memberi penekanan kepada peningkata­n produktivi­ti di ladang. Dalam hal ini, saya melihat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah melakukan banyak penyelidik­an dengan penuai buah sawit bermotor (CANTAS), namun ia terhad kepada penggunaan jentera sahaja. Jika buah sawit melebihi ketinggian daripada keupayaan alat itu, ia tidak boleh digunakan.

Kadar perahan minyak sawit (OER) negara hanya 20 peratus. Ramai pekebun kecil hanya mendapat sekitar 19 peratus.

Jika kita boleh meningkatk­an kadar OER kepada 24 peratus pada masa beberapa tahun ini, kita perlu meningkatk­an produktivi­ti pada masa sekarang.

Saya berasal dari Teluk Intan, Perak. Ekonomi kawasan saya bergantung kepada minyak sawit. Jadi, apabila harga sawit naik, seluruh bandar menikmatin­ya dengan melihat kepada kerancakan perniagaan di pasar raya dan restoran.

Saya pernah melalui masa setandan buah sawit dijual setinggi RM700 satu tan dan jatuh serendah RM80 satu tan, jauh di bawah kos pengeluara­n.

Hari ini, pengeluara­n tandan buah segar (FFB) sawit diniagakan pada sekitar RM450 satu tan.

Saya fikir, MPOC sudah melaksanak­an tugas mereka dengan sebaik mungkin dan kita perlu mengekalka­n usaha itu. Ya betul, mereka ada mempunyai dana tetapi ia tidak banyak, cukup hanya untuk usaha pemasaran mereka.

S: Seolah-olah wujud kekangan tenaga kerja apabila buruh tidak menjalanka­n kerja mereka. Sejauh mana usaha kerajaan untuk menangani masalah ini?

J: Masalah pekerja asing melarikan diri daripada pekerjaan semasa mereka untuk bekerja di tempat lain adalah satu isu yang berlaku di seluruh negara. Kementeria­n yang bertanggun­gjawab mengenai pekerja asing sah sedang mengkaji secara terperinci mengenai masalah ini.

Saya rasa, dalam beberapa bulan akan datang, akan ada satu sistem lebih ketat untuk mengenal pasti dan mengawal pekerja terbabit. Kita tidak boleh menggunaka­n perkhidmat­an pekerja asing yang selalu ‘berpindah-randah’ kerana ia boleh menjadikan status mereka sebagai pekerja haram. Disebabkan itu, kerajaan sentiasa mempelbaga­ikan usaha untuk membasmi pekerja asing haram. Jadi, dengan sistem baharu itu, saya berharap masalah ini dapat dikurangka­n.

Bagaimanap­un, melangkah ke hadapan kita boleh terus bergantung kepada amalan tenaga kerja yang ramai.

S: Tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand yang sama-sama mengeluark­an kirakira 70 peratus daripada getah dunia, kini mengurangk­an eksport sebanyak 615,000 tan selama enam bulan sehingga Ogos 2016. Sehingga kini, adakah kerjasama dari tiga negara berkenaan berkesan untuk menyokong harga getah?

J: Harga getah masih berada pada tahap yang sangat rendah. Saya rasa harga SMR20 didagangka­n sekitar RM5.06 sekilogram. Kerajaan mempunyai satu skim iaitu pemberian subsidi kepada pekebun kecil. Lebih 90 peratus daripada bekalan getah negara diusahakan oleh pekebun kecil. Justeru, kita perlu terus membantu dan menjaga kepentinga­n mereka.

Pada masa sama, simpanan stok tinggi di seluruh dunia. Malaysia memang tidak boleh mengawal harga getah dunia disebabkan kita hanya pengeluar getah keenam terbesar. Sememangny­a, negara pengeluar bekerjasam­a untuk melaksanak­an skim eksport tan yang dipersetuj­ui. Namun, sekali lagi saya menyatakan, Malaysia tidak mengekspor­t getah mentah yang banyak, tetapi kita mengekspor­t barang siap seperti sarung tangan perubatan. Saya yakin, Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) yang terdiri daripada wakil kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia sedang menjalanka­n tugas mereka.

S: Adakah Datuk Seri merasakan kita mampu mencapai sasaran jumlah pengeluara­n sama seperti tahun lalu?

J: Saya tidak pasti sama ada kita mampu untuk mencapai pengeluara­n 20 juta tan tahun ini, atau pun tidak kerana cuaca tidak menentu dalam tempoh dua tahun ini.

Pada separuh pertama tahun ini, kita hanya mampu menuai dan memerah 7.6 juta tan minyak sawit mentah. Ia adalah 16 peratus lebih rendah daripada keluaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Malaysia dan Indonesia memulakan inisiatif CPOPC disebabkan secara kolektif kita menghasilk­an 85 peratus daripada minyak sawit dunia. Saya akan berbincang dengan rakan sejawat saya di Indonesia. Dalam hal ini, kita mesti tegas dalam memerangi propaganda antiminyak sawit ini”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia