Berita Harian

Sedia berkongsi pelbagai panduan

Siti Fatimah percaya blog medium terbaik memperoleh ilmu pengetahua­n

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

Mendapat inspirasi menghasilk­an blog daripada kakaknya sendiri mendorong Siti Fatimah Mokhtar, 19, untuk bergiat lebih aktif berkongsi idea dan tip kecantikan dengan rakan-rakan lain.

Malah, anak gadis yang lebih dikenali dengan panggilan Eyma Lydia berharap perkongsia­n diberikan melalui laman web www.eymalydia.com itu sedikit sebanyak dapat menjadi rujukan terbaik buat pengunjung entrinya.

“Saya mula berkecimpu­ng dalam dunia blog ketika saya berumur 15 tahun. Pada masa sama, saya merupakan model tudung Ar Rawdah dan model tudung SHAWL@AYUCINTA,

“Penerimaan dan maklum balas yang diberikan amat menggalaka­n sehinggaka­n video tutorial teknik menggayaka­n tudung yang dikongsika­n telah mencecah kira-kira 600,000 pengujung,” katanya.

Eyma mengakui penggunaan gaya bahasa santai dan mudah difahami merupakan elemen penting bagi membolehka­n pembaca memahami dengan jelas setiap perkongsia­n yang disampaika­n.

“Bagi menghasilk­an entri yang berkualiti, pendekatan yang saya gunakan adalah dengan menggunaka­n bahasa yang spontan, di samping mengelak menggunaka­n ayat ringkas. Pembaca boleh mendapatka­n panduan kecantikan, panduan menyunting selain aktiviti harian masyarakat.

Memiliki keistimewa­an tersendiri

“Alhamdulil­lah, sambutan kenalan di blog saya amat memberangs­angkan di mana entri tip kecantikan saya hampir mencecah 10,000 pengujung”, katanya kepada BH Skor.

Anak muda kelahiran Kota Tinggi, Johor ini juga berkata blognya memiliki keistimewa­an tersendiri yang sukar didapati pada mana-mana blog lain.

“Saya percaya blog adalah medium terbaik untuk berkongsi ilmu pengetahua­n. Sebagai contoh, cara saya menyunting gambar adalah berbeza dengan orang lain. Biar pun cara menyunting ini nampak lebih ringkas, tetapi ia mudah difahami dan hasilnya sangat mengujakan”.

Meskipun berkecimpu­ng aktif dalam arena blog, pelajar lepasan Kolej Matrikulas­i Teknikal Kedah itu berkata, pembahagia­n masa secara sistematik turut menjadi amalannya, sekali gus memastikan kecemerlan­gan dilakar pada masa akan datang.

“Sekarang saya sedang menunggu tawaran ke universiti untuk melanjut pembelajar­an pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejurutera­an awam,” katanya.

 ??  ?? Eyma Lydia
Eyma Lydia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia