Berita Harian

Jadikan rakyat tonggak, tiang seri: PM

Penjawat awam diminta dahulukan masyarakat dalam tugas, buat keputusan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Datuk Seri Najib Razak mahu penjawat awam sentiasa menjadikan rakyat sebagai tonggak dan tiang seri dalam melaksanak­an tugas serta semua keputusan yang dibuat.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam tidak boleh hilang fokus dalam menyampaik­an perkhidmat­an dan bertanggun­gjawab menterjema­hkan dasar kerajaan dalam bentuk tindakan berkesan bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan.

“Tumpuan juga perlu diberikan kepada Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) yang ditentukan kerajaan, termasuk pengangkut­an awam, perumahan dan kos sara hidup,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini semalam.

Yang turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor; anggota Jemaah Menteri; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; pegawai tinggi kerajaan serta kira-kira 3,000 warga JPM.

Rakyat manfaat inisiatif

Najib turut bersyukur dengan pelbagai inisiatif dilancarka­n barubaru ini yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuk sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang bakal dilancarka­n hujung tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR) menghubung­kan Singapura dan Malaysia yang diumumkan kelmarin.

“Inilah gambaran masa depan Malaysia yang bertambah maju,” katanya sambil menegaskan isu keselamata­n yang kini menjadi cabaran besar kepada negara, juga perlu diberikan keutamaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaik­an bantuan zakat Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) berjumlah RM3.82 juta untuk disalurkan kepada kira-kira 25,500 penerima bantuan kewangan bulanan Baitulmal MAIWP, termasuk asnaf, fakir miskin dan mualaf.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib bersama Rosmah memotong kek pada Majlis Sambutan Aidilfitri JPM di PICC, Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib bersama Rosmah memotong kek pada Majlis Sambutan Aidilfitri JPM di PICC, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia