Berita Harian

Detik paling menyedihka­n

-

Samarahan: Hari ke-14 Syawal kelmarin menjadi detik paling menyedihka­n bagi Pori Chik, 60, selepas anak perempuan bersama dua cucunya mati dalam keadaan menyayat hati.

“Masih terbayang keriangan mereka sambut 1 Syawal. Biarpun Siti (Rohana Mohamad) hanya anak angkat, kami anggap seperti darah daging sendiri kerana menjaganya sejak bayi lagi. Arwah cukup ceria sepanjang Aidilfitri.

“Saya tidak percaya dia alami tekanan hidup kerana selama ini tidak pernah melihatnya murung, walaupun menghadapi masalah rumah tangga. Sikapnya tidak berubah, termasuk ketika saya dan suami meninggalk­an mereka untuk ke kebun sawit kami di Lubok Sabang, kelmarin (Ahad),” katanya.

Pori yang mengesahka­n Rohana tinggal berasingan dengan suami dan sudah merujuk pejabat agama untuk proses perceraian, berkata beliau ada menghubung­inya anak angkatnya itu sebelum kejadian dan berpesan supaya menjaga diri serta anak.

“Saya dan suami terpaksa berada di kebun sawit di seberang sungai berhampira­n kampung selama beberapa hari. Ketika menerima panggilan memaklumka­n kejadian itu daripada seorang lagi anak saya malam tadi (kelmarin), lemah seluruh tubuh saya,” katanya.

Tiada perubahan sikap

Sepupu Rohana yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka hairan dan tidak percaya mangsa membunuh diri kerana wanita itu langsung tidak menunjukka­n perubahan sikap selama ini, selain jarak hujung jari kakinya yang tergantung dengan lantai hanya kirakira lima sentimeter.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Masyarakat Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah yang terkejut dengan kes terbabit, meminta siasatan terperinci dilakukan bagi mengenalpa­sti motif kejadian berkenaan.

“Ia kes yang amat tragik, lebihlebih lagi kita percaya ia mempunyai kaitan dengan masalah keluarga. Kes ini amat mengejutka­n kerana jarang berlaku di negara kita. Justeru, kita mengambil serius kes ini, malah cukup menyedihka­n kerana ia membabitka­n kanak-kanak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia