Berita Harian

Johor mahu limpahan projek dikongsi dengan rakyat

Warga tempatan perlu diutama isu jawatan bahagian operasi

- Oleh Junita Mat Rasid dan Zuraidah Mohamed

Kerajaan Johor mahu sebahagian limpahan projek projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) dikongsi bersama rakyat negeri ini terutama pengendali­an kerja selenggara­an dan operasi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad berharap pengisian jawatan dalam bahagian operasi dan kerja penyelengg­araan sepanjang laluan HSR di Johor diberi kepada rakyat negeri ini.

Tiga stesen transit HSR dijangka dibina di Johor, iaitu Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

“Semua maklum HSR adalah projek mega yang memberi impak besar kepada sistem pengangkut­an awam negara dan ia juga memberi kesan kepada penjanaan ekonomi serta peluang pekerjaan.

Pada peringkat Johor, projek ini melakar satu profil baharu kepada rakyat negeri ini. Ini akan lebih bermakna sekiranya lebih ramai rakyat Johor dilibatkan dalam projek berkenaan,” katanya kepada BH, semalam.

HSR Kuala Lumpur-singapura yang dijangka beroperasi pada 2026 membabitka­n pembinaan landasan berkembar sepanjang 350 kilometer dan lapan stesen, tujuh daripadany­a di Malaysia, selain penggunaan rel berteknolo­gi termaju dunia dengan standard keselamata­n bertaraf global.

Rakyat Johor diutama

Hasni yakin Kerajaan Persekutua­n tidak akan mengetepik­an pembabitan rakyat Johor, termasuk syarikat milik rakyat negeri ini dalam melaksanak­an projek HSR walaupun ia mungkin tidak membabitka­n aspek berkaitan pembinaan landasan kerana ia memerlukan kepakaran dan teknologi tinggi.

Katanya, pembabitan rakyat tempatan dalam pembinaan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Projek Landasan Berkembar boleh dijadikan contoh untuk projek HSR.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim percaya HSR akan memberi manfaat besar kepada wilayah pembanguna­n Iskandar Malaysia.

Katanya, projek itu akan menjadi pelengkap kepada sistem pengangkut­an awam yang dirancang dan dibangunka­n di Iskandar Malaysia.

“HSR ini diyakini memberi manfaat kepada ekonomi dan sosial di Iskandar Malaysia,” katanya.

Mengulas tanggapan bahawa projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru-singapura sepatutnya diberi keutamaan, Ismail berkata semua sistem pengangkut­an dirancang secara bersepadu dan menyeluruh.

“Semua projek ini saling menyokong. HSR siap pada 2026, RTS dijangka disiapkan pada tahun 2021, manakala BRT (Sistem Transit Bas Rapid) siap pada 2020.

“Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-johor Bahru pula dijangka siap sebelum HSR. Jadi, semuanya saling menyokong dan semua sistem akan dijalankan menyeluruh,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat (tiga dari kanan) bersama Ismail (dua dari kiri) beramah mesra dengan wakil PBT selepas majlis pelancaran Cabaran Jimat Elektrik dan Air di Iskandar Malaysia, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat (tiga dari kanan) bersama Ismail (dua dari kiri) beramah mesra dengan wakil PBT selepas majlis pelancaran Cabaran Jimat Elektrik dan Air di Iskandar Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia