Berita Harian

Stesen HSR Putrajaya di Kampung Abu Bakar Baginda

-

Putrajaya: Stesen transit bagi perkhidmat­an Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n ini difahamkan akan dibina di kawasan Kampung Abu Bakar Baginda, Bangi.

Kampung Abu Bakar Baginda terletak di luar Putrajaya, tetapi bersebelah­an Presint 14 di sini. Kampung itu ketika ini adalah sebuah perkampung­an Melayu dengan status Tanah Rizab Melayu.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Seri Hasim Ismail, ketika ditemui di sini, semalam, berkata hingga kini beliau difahamkan stesen transit itu akan dibina di kawasan kampung berkenaan.

Tarik ramai pelancong

Mengulas lanjut, beliau yakin Putrajaya akan menarik lebih ramai pelancong terutama dari Singapura selepas projek HSR siap dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Projek ini akan memberi impak besar kepada komuniti Putrajaya. Ia mampu membawa masuk lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, terutama dari Singapura.

“Putrajaya mempunyai banyak tempat tarikan pelancong dan aktiviti seperti Festival Floria Diraja Putrajaya dan 'Light and Motion Putrajaya' (Lampu),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara PPJ dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Pengarah JUPEM, Datuk Ahmad Fauzi Nordin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia