Berita Harian

Melaka, Negeri Sembilan tingkat sistem pengangkut­an hubung stesen HSR

Mohamad, Idris yakin projek baharu jana limpahan ekonomi, sektor pelanconga­n

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Amir Mamat

Kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan yakin projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR) akan memberi impak bagi sektor pelanconga­n, ekonomi dan pengangkut­an di negeri masing-masing.

Kerajaan negeri terbabit juga akan merancang dan menyiapkan sistem pengangkut­an bersepadu di negeri masing-masing untuk dihubungka­n dengan stesen HSR.

Di Ayer Keroh, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata dua agensi kerajaan negeri diberi tanggungja­wab untuk mengkaji usaha perancanga­n dan pelaksanaa­n rangka kerja bagi HSR.

Agensi itu adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perancanga­n Pengangkut­an Negeri.

Kaji impak projek HSR

UPEN akan bertindak sebagai pemantau dan pelaksana projek untuk merangka persediaan Melaka dalam merealisas­ikan pembinaan HSR, selain mengkaji kesan dan impak sepanjang laluan projek itu, termasuk pengangkut­an dalam negeri, pembanguna­n kawasan sekitar dan kemudahan lain.

“Jabatan Perancanga­n Pengangkut­an Negeri pula diarah membuat kajian khusus bagi merancang dan mengenal pasti pengangkut­an baharu yang perlu diwujudkan bagi menghubung­kan bandar serta pekan kecil,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri, semalam.

Kelmarin, Kerajaan Malaysia dan Singapura menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) bagi HSR yang akan melalui Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Johor. Ia dijadualka­n beroperasi pada 2026.

Beri pelbagai kemudahan Seremban,

Di Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata HSR memberi banyak kemudahan kepada orang ramai, terutama sektor perkhidmat­an dan pelanconga­n.

“Industri pelanconga­n di negeri ini akan bertambah rancak, terutama dengan perancanga­n untuk memulakan semula perkhidmat­an kereta api antara Seremban dan Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohamad percaya projek itu akan mengubah landskap pembanguna­n negeri ini.

“Projek HSR dan kemudahan pengangkut­an sedia ada seperti Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) dan komuter akan menjadikan negeri ini mempunyai antara rangkaian pengangkut­an awam yang canggih dan lengkap,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mengemukak­an permohonan supaya Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-kajang disambungk­an sehingga ke Seremban dalam Rancangan Malaysia Ke12 (RMKE-12).

 ??  ?? Idris Haron
Idris Haron
 ??  ?? Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia