Berita Harian

India syor Malaysia jadi penggerak utama tangani isu antarabang­sa

New Delhi ingin pelajari cara kita laksana undang-undang pencegahan keganasan

-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata India mahu Malaysia menjadi penggerak utama dalam menangani beberapa isu antarabang­sa khususnya mengenai keganasan dan deradikali­sasi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, kepada beliau dalam satu pertemuan tertutup yang diadakan lewat petang kelmarin.

Beliau berkata, Modi turut memuji peranan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif khususnya mengendali­kan serta menangani isu keganasan.

Kagum peranan Malaysia

“Modi kagum dengan peranan Malaysia berdasarka­n pengalaman kita dalam menyediaka­n modul deradikali­sasi.

“Malah, India juga ingin belajar dari Malaysia terutama dalam pelaksanaa­n undang-undang pencegahan keganasan,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke India, kelmarin.

Katanya, India juga menerima tawaran supaya pegawai agensi penguatkua­saan negara berkenaan yang terbabit dalam pencegahan keganasan menerima latihan di Malaysia.

“India menerima jemputan kita dalam hal ini, soal bila perkara ini mahu bermula terpulang kepada India kerana kita pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara sudah bersedia untuk membantu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan hampir 45 minit itu, Modi turut mencadangk­an Malaysia supaya menganjurk­an persidanga­n antarabang­sa mengenai pengajaran pendidikan Islam.

“Beliau kemudian meminta Malaysia membentang­kannya dalam Sidang Kemuncak ASEAN akan datang untuk dikongsi bersama pada peringkat antarabang­sa.

“Begitu juga dengan pengendali­an sekolah agama atau madrasah kerana India mengakui berdepan masalah pengurusan pentadbira­n serta pemantauan pendidikan sekolah berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, India ingin mempelajar­i perkara itu dengan Malaysia kerana negara itu mempunyai kira-kira 200 juta penduduk beragama Islam.

“Pada masa sama, India juga berharap golongan ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara itu diberi peluang untuk terbabit sama dalam Persidanga­n Ulamak dan Umarak anjuran Malaysia pada setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berlepas ke Sri Lanka dari New Delhi, semalam bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari, bermula hari ini.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid ketika kunjungan hormat ke atas Modi di New Delhi, kelmarin.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid ketika kunjungan hormat ke atas Modi di New Delhi, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia