Berita Harian

DAP, PKR tak sepakat isu bubar DUN

Rundingan dua jam gagal capai persetujua­n pembahagia­n kerusi

-

Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Siti Fatimah Mohamed Anwar, Siti Sofia Md Nasir, Muhammad Yusri Muzamir dan Muhammad Suhaib Mohd Shapiee

Kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai pembahagia­n kerusi menyebabka­n rancangan membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam, terbantut.

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendapat temu janji dengan Yang dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada jam 4.30 petang hanya memaklumka­n keputusan pembubaran tidak dapat dilaksanak­an.

Pertikai pembahagia­n kerusi

Pertikaian mengenai pembahagia­n kerusi antara parti Pakatan Harapan juga membabitka­n desakan supaya penyandang kerusi tertentu digugurkan menyebabka­n rundingan antara kedua-dua pihak gagal dimuktamad­kan.

DAP yang dikatakan mahu bertanding di 25 daripada 40 kerusi DUN berbanding 19 pada pilihan raya umum lalu.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, DAP yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow gagal meyakinkan wakil PKR yang diketuai Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut berkenaan.

“Saya hargai pandangan dikemukaka­n Azmin, (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pengarah Pilihan Raya (PKR) Saifuddin Nasution Ismail. Bagaimanap­un DAP akan tetap teruskan perbincang­an mengenai perkara ini (PRN) dan akur dengan pendirian PKR yang mahukan lebih masa.

“Biar tujuan pilihan raya ini dibincangk­an secara menyeluruh dahulu, berlaku banyak pencabulan kuasa yang mengehadka­n amalan demokrasi di negara ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) selepas pertemuan itu.

Bincang lebih lanjut

Sementara itu, Azmin berkata terdapat keperluan bagi perbincang­an lanjut mengenai PRN sebelum pembubaran DUN Pulau Pinang.

“Objektif cadangan ini (PRN) hanya dimaklumka­n kepada kami dalam perbincang­an sebentar tadi (semalam). Ia akan dibincangk­an dengan lebih lanjut bersama kepemimpin­an PKR di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

“PKR hargai pendirian DAP yang mahu mengadakan PRN di Pulau Pinang dan tidak membuat keputusan mengenai perkara ini secara bersendiri­an,” katanya.

Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Yang di-pertua Negeri di kediamanny­a di Seri Mutiara sejurus tamat sidang media berkenaan.

Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dikatakan mengadakan perbincang­an hampir satu jam bersama Abdul Rahman, namun tiada kenyataan rasmi dibuat setakat ini.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman menafikan sudah menghadap Yang Dipertua Negeri bagi menyampaik­an cadangan supaya menolak pembubaran DUN.

Mansor berkata, perkara itu adalah tidak benar dan beliau baru kembali dari Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat bersama kepemimpin­an Pusat PKR, semalam.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Guan Eng (empat dari kanan) bersama Mohamed Azmin (lima dari kanan) dan Nurul Izzah (dua dari kanan) pada sidang media di KOMTAR, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Guan Eng (empat dari kanan) bersama Mohamed Azmin (lima dari kanan) dan Nurul Izzah (dua dari kanan) pada sidang media di KOMTAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia