Berita Harian

Penduduk Pulau Pinang wajar boikot pilihan raya mengejut

Cuba permain demokrasi untuk kepentinga­n politik Guan Eng

- Oleh Nazura Ngah

DAP menggunaka­n pilihan raya mengejut sebagai mahkamah rakyat untuk membuktika­n Lim Guan Eng tidak bersalah, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, tindakan parti sosialis itu menunjukka­n mereka cuba mempermain­kan demokrasi untuk kepentinga­n politik pemimpin yang dilanda masalah rasuah.

“Guan Eng sebenarnya takut dibicaraka­n oleh mahkamah dan mahu mengheret rakyat membantu membersihk­an namanya dan menyelamat­kan kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin goyang.

“Dengan kata lain, pilihan raya mengejut di Pulau Pinang hanyalah satu pembaziran dan penyalahgu­naan wang rakyat seperti yang berlaku pada Langkah Kajang,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

DAP sebelum ini mengakui pilihan raya mengejut adalah satu daripada pilihan kepemimpin­an kerajaan negeri selepas Guan Eng diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

PKR belum diyakinkan

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui selepas mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu kelmarin dilaporkan berkata, PKR masih belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat bagi mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

Mohd Puad berkata, cadangan DAP itu juga membuktika­n Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu angkuh untuk menunjukka­n bahawa kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbira­nnya adalah bersih berikutan kekalahan DAP di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Sarawak selain kebimbanga­n peralihan sokongan pengundi bukan Melayu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.

“Justeru saya mencadangk­an supaya rakyat Pulau Pinang memulaukan pilihan raya berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata cadangan itu jelas membuktika­n DAP gelabah apabila Guan Eng diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Katanya, sikap gelabah itu juga jelas ditunjukka­n apabila DAP menangguhk­an pemilihan Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) ke tahun hadapan.

Di samping itu, beliau turut mempertika­ikan kewajaran DAP bersendiri­an menentukan kerajaan sedangkan Pulau Pinang bukan hanya diperintah parti itu sahaja.

“DAP pernah mengumumka­n kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan pakatan harapan. Adakah wajar DAP sahaja menentukan kerajaan? Sekurang-kurangnya membabitka­n PKR sebagai sekutunya sekalipun DAP dominan,” katanya.

Tuan Ibrahim menegaskan rakyat Pulau Pinang tidak seharusnya dibebani dengan PRN mengejut semata-mata demi memperjuan­gkan nasib seorang pemimpin DAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia