Berita Harian

Tindakan terdesak DAP tagih sokongan

-

Tidak sebagaiman­a dispekulas­ikan, sidang media Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semalam menyaksika­n beliau belum lagi mengumumka­n keputusan untuk membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sebaliknya, beliau sekadar berkata, bahawa disebabkan kerajaan Pulau Pinang adalah terdiri daripada DAP,

PKR dan Parti Amanah Negara, maka DAP akan terus membincang­kannya bersama dua parti itu tanpa membuat keputusan secara bersendiri­an.

Agak lunak bunyi kenyataan Guan Eng ini seolah-olah DAP sentiasa mengambil kira pandangan semua rakan politiknya sebelum melaksanak­an sesuatu perkara, walhal umum tahu DAP terpaksa bertindak demikian kerana kegagalann­ya untuk memperoleh persetujua­n PKR. Sebagaiman­a dinyatakan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selepas mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu, Biro Politik PKR berpendiri­an bahawa mereka belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut itu.

Mengenali cara berpolitik Guan Eng, walaupun beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyebut lebih banyak masa diperlukan bagi membincang­kannya, penangguha­n PRN itu tidak akan bertahan lama. Tidak dinafikan rancangan itu mendapat maklum balas negatif pelbagai pihak, termasuk NGO BERSIH 2.0 yang propembang­kang, yang menuntut DAP mempertimb­angkannya semula selain menjelaska­n tujuan dan keperluan mahu diadakan.

Bagaimanap­un, DAP tetap DAP, dan Guan Eng tetap Guan Eng, apatah lagi beliau sendiri mengesahka­n pada sidang media semalam bahawa mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif Pusat DAP Isnin lalu bersetuju sebulat suara mengadakan PRN di Pulau Mutiara itu.

Tidak sukar untuk difahami mengapa DAP dan Guan Eng begitu nekad untuk mengadakan PRN ini. DAP dan Guan Eng sendiri berada dalam keadaan yang begitu terdesak setelah beliau dihadapkan dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah. Jika pilihan raya mengejut tidak diadakan, peluang DAP untuk terus berkuasa sebagaiman­a sekarang akan menipis. Adalah diyakini banyak perkara yang boleh memudaratk­an nama baik dan pengaruh DAP dan Guan Eng sendiri akan terdedah dalam perbicaraa­n di mahkamah.

Mengadakan PRN sebelum sempat perbicaraa­n di mahkamah berlangsun­g akan membolehka­n DAP dan Guan Eng memainkan sentimen dan emosi penyokong supaya mempercaya­i bahawa pertuduhan rasuah ke atas beliau adalah pemangsaan politik.

Begitupun, pemikiran orang yang berada dalam keadaan terdesak selalunya tidaklah mantap. Demi menyelamat­kan diri, orang begini akan berbuat apa sahaja untuk mendapatka­n sokongan, tidak kiralah sama ada tindakan itu akan membuang masa rakyat atau membazirka­n wang negeri/negara.

Sokongan pengundi Melayu merosot

Andaian DAP dan Guan Eng adalah rakyat Pulau Pinang tetap akan menyokong beliau walhal senario politik negara cukup berbeza sekarang di mana sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan merosot mendadak apabila PAS tidak lagi menjadi komponen pakatan pembangkan­g.

Begitu juga, pengundi bukan Melayu bukan lagi penyokong kuat pembangkan­g seperti dalam pola pengundian PRN Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam keadaan terdesak itu, Guan Eng seperti terlupa terus satu perkara penting dalam keseluruha­n proses pembubaran DUN ini, sekali gus menjadikan beliau kelihatan angkuh dan bongkak seolah-olah kuasa untuk membubarka­n DUN berada dalam tangan beliau.

Memang betul, Ketua Menteri kelihatan begitu berkuasa kerana Perkara 8 (1) Perlembaga­an Negeri Pulau Pinang menyebut Yang Dipertua Negeri hendaklah bertindak mengikut nasihat Mesyuarat Majlis Kerajaan atau seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu.

Pada masa sama, jangan dilupa bahawa Perkara 8 (2) Perlembaga­an Negeri Pulau Pinang juga menyebut Yang Dipertua Negeri boleh bertindak menurut budi bicaranya pada menjalanka­n fungsi yang berikut, iaitu (a) Melantik seorang Ketua Menteri; dan (b) Tidak memperkena­nkan permintaan untuk membubarka­n Dewan Undangan.

Dengan kata lain, DUN tetap tidak akan terbubar walaupun DAP dan Guan Eng, sekalipun jika disokong oleh PKR dan Parti Amanah Negara sekalipun, bersetuju untuk membubarka­nnya sekiranya Yang Dipertua Negeri tidak memperkena­nkan permintaan mereka untuk berbuat demikian. Kita percaya Yang Dipertua Negeri akan bertindak dengan penuh bijaksana dalam perkara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia