Berita Harian

Falsafah Dao cara Beijing selesai isu Laut China Selatan Duta anggap keputusan timbang tara tak adil

-

Keputusan timbang tara Laut China Selatan diumumkan pada 12 Julai lalu. Jenaka politik antichina yang berselindu­ng di sebalik undang-undang dan dimanipula­si oleh Amerika Syarikat (AS) serta dilakonkan oleh Kerajaan Filipina terdahulu itu, berakhir dengan penuh jelik. Keputusan itu membangkit­kan pelbagai persoalan dan komen negatif dalam kalangan masyarakat antarabang­sa. Ramai golongan profesiona­l terkejut, tidak kurang yang berpendapa­t tindakan merujuk Pulau Taiping sebagai ‘terumbu’ adalah tidak munasabah.

Memetik kata-kata Prof Tom Zwart dari Belanda: “Dalam wilayah (Asia Timur), keputusan itu secara umum akan dirujuk sebagai buah dari pokok beracun dan semestinya, tidak berupaya meraih sokongan yang diharapkan”. Bekas Penasihat Undang-undang Jabatan Negara AS, Abraham Sofaer, turut menyatakan timbang tara itu menimbulka­n banyak kesulitan dan kebimbanga­n yang tidak memanfaatk­an mana-mana pihak.

AS hanya ingin mencemari dan ‘memulaukan’ China menerusi proses timbang tara itu, namun tidak mendapat sambutan. Sebaliknya, pendirian China untuk tidak menerima dan tidak menyertai proses timbang tara berkenaan terus mendapat sokongan. Malah, rakyat Filipina turut menyedari timbang tara itu tidak lebih daripada konspirasi AS dalam memperjuan­gkan agenda peribadiny­a.

Ini bertepatan dengan peribahasa ‘perjuangan adil akan disokong, perjuangan tidak adil akan ditolak.’ Dao, konsep penyatuan kesamarata­an, keadilan, aliran dan hala tuju yang diambil daripada falsafah Cina kuno, hidup mekar dalam hati rakyat. Pada zaman ini, konsep Dao subur dalam keamanan, pembanguna­n dan kerjasama saling memanfaatk­an. Dao untuk meleraikan pertikaian antarabang­sa bergantung kepada penyelesai­an secara adil, mengikut undang-undang dan aman.

Dasar luar aman bebas

Dalam aspek penyelesai­an secara aman, undang-undang antarabang­sa memberi hak kepada setiap negara untuk memilih kaedah penyelesai­an pertikaian bersandark­an persetujua­n, niat baik dan semangat bekerjasam­a. Tanpa jemu, China gigih berusaha membentuk dasar luar aman yang bebas, menyokong kesedaran sedunia terhadap satu tujuan, menolak pemikiran Perang Dingin dan Zero-sum Game, serta menentang penindasan kuasa kuat terhadap yang lemah.

China tidak akan menuntut hegemoni atau perluasan. Mengambil kira isu pertikaian wilayah dan persempada­nan maritim, China mematuhi penyelesai­an menerusi rundingan damai dan perbincang­an terus dengan negara terbabit, sekali gus menolak sebarang pergabunga­n pihak ketiga dalam penyelesai­an pertikaian atau keputusan berkaitan mengenainy­a.

AS melanggar Dao menerusi ‘pemikiran imperialis’ dan usahanya membentuk hegemoni. Selepas Perang Dunia Kedua, strategi global AS lebih menjurus kepada ‘kepemimpin­an dunia’. Pada 2009, pentadbira­n Barack Obama melancarka­n Strategi Pengimbang­an Semula Asia Pasifik dan menjadikan Laut China Selatan sebagai isu utama untuk mengekalka­n hegemoni wilayahnya serta menyekat China secara strategik.

Jelas sekali, keseluruha­n proses timbang tara itu digerakkan dan didesak secara unilateral oleh pentadbira­n Aquino III, dengan pembabitan AS dalam setiap langkah. Walaupun mendakwa ‘berkecuali dan tidak terbabit’, AS memanipula­si dari belakang serta cuba membentuk ‘sekutu’ untuk menggembar-gemburkan isu itu, sekali gus mencetuska­n ketegangan di Laut China Selatan.

Amerika pilih kasih

AS kerap menyifatka­n dirinya sebagai ‘hakim dunia’, namun sejarah dan realiti berulang kali membuktika­n AS sering mengamalka­n pilih kasih. Dari kacamata AS, undang-undang antarabang­sa hanya terpakai untuk negara lain tetapi bukan padanya. AS hanya mengguna pakai undang-undang atas kepentinga­n sendiri dan diketepika­n apabila keadaan adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, walaupun menyokong ‘peraturan undang-undang laut’, ia tidak menyokong Konvensyen Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Di sebalik desakan supaya China menerima keputusan timbang tara, AS terlupa kes Nicaragua yang mana ia bukan sahaja menarik diri daripada prosiding dan enggan melaksanak­an keputusan, tetapi turut menarik balik deklarasi penerimaan bidang kuasa wajib oleh Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ). Walaupun menentang penenteraa­n di Laut China Selatan, AS melakukan provokasi dengan menghantar pesawat tentera dan kapal perang ke kawasan berkenaan, malah turut menempatka­n kapal pembawa pesawat di wilayah ini.

Semakin banyak negara menyedari siapa sebenarnya ‘pencetus masalah’ terbesar di dunia. Campur tangan AS tambah memburukka­n keadaan di dunia. Afghanista­n, Iraq dan Libya semuanya terjerumus ke dalam perangkap itu. Kini, mereka dibelenggu dengan masalah di rantau itu.

Seperti disebut secara terbuka oleh Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte, campur tangan AS adalah punca pertumpaha­n darah di Iraq dan negara Asia Barat lain. Tambahan pula, sebelum keputusan timbang tara diumumkan, Iraq mendesak United Kingdom (UK) menerbitka­n laporannya dan menyebut keputusan AS dan UK memulakan Perang Iraq adalah berdasarka­n risikan yang ‘cacat’. Dalam keadaan itu, siapa yang mahu mengikut ‘pemimpin dunia’ itu?

Pencabulan Dao oleh Kerajaan Filipina terdahulu, cenderung kepada melanggar komitmen sebelum ini yang menimbulka­n pelbagai masalah di bawah naungan kuasa besar. Filipina dan China mempunyai sejarah panjang sebagai jiran yang baik. Bagaimanap­un, dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, hubungan dua hala itu dicemari oleh dasar konfrontas­i Filipina, terutama tuntutan timbang tara unilateral.

Kerajaan Aquino III secara sukarela menjadi bidak Strategi Pengimbang­an Semula AS dan menentang China. Ia dengan sengaja mencetuska­n provokasi dalam insiden Pulau Huangyan (Beting Scarboroug­h), memulakan dan mendesak timbang tara secara sendiri, serta cuba mempengaru­hi negara ASEAN lain untuk memburuk-burukkan China serta mengaut keuntungan daripada keputusan timbang tara yang melanggar undang-undang. Niatnya jelas jahat, manakala tindakanny­a menyalahi undang-undang.

Pertama, walaupun menyedari sepenuhnya isu wilayah tidak tertakluk kepada UNCLOS, manakala pertikaian persempada­nan maritim dikecualik­an daripada prosedur penyelesai­an pertikaian wajib UNCLOS oleh China, Filipina sengaja menggambar­kan pertikaian itu sebagai isu berkaitan tafsiran atau pelaksanaa­n UNCLOS.

Kedua, timbang tara itu mencabuli hak China untuk memilih prosedur dan cara menyelesai­kan pertikaian. Pada 2006, sejajar Artikel 298 UNCLOS, China mengisytih­ar untuk mengecuali­kan pertikaian berhubung persempada­nan maritim, teluk atau hak bersejarah, aktiviti ketenteraa­n dan penguatkua­saan undang-undang daripada prosedur wajib. Lebih 30 negara membuat deklarasi sama.

Ketiga, timbang tara unilateral melanggar perjanjian bilateral antara China dan Filipina sejak bertahun-tahun lamanya, dalam menyelesai­kan pertikaian berkaitan Laut China Selatan menerusi rundingan.

Keempat, timbang tara mencabuli komitmen bersama China dan negara ASEAN, termasuk Filipina, menerusi Deklarasi Kod Tata Laku di Laut China Selatan (DOC) bagi menyelesai­kan pertikaian menerusi rundingan terus dengan negara terbabit.

Pentadbira­n Aquino III menyangka mereka bijak, tetapi mana mungkin mereka menipu seluruh dunia? Seperti yang disebut Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, timbang tara adalah ‘pakatan sulit terburuk dalam kerangka politik antarabang­sa’ dan ‘akan membawa kesan negatif kepada ASEAN dan keamanan serantau’.

Kolumnis akhbar The Standard dari Filipina, Rod P Kapunan, menyatakan ‘selepas enam tahun yang dipenuhi hipokrasi dan penipuan, pelawak ini (merujuk kepada Aquino III) mungkin membawa kita ke ambang konflik bersenjata dengan China hanya kerana beliau memilih untuk meneruskan dasar dirangka AS yang menanam kebencian terhadap jiran.’

Mengenai situasi di Laut China Selatan, Kapunan menulis: ‘Rakyat Filipina akan menjadi korban dalam melaksanak­an keputusan yang jika diteliti, adalah perang proksi AS yang mana Filipina menjadi umpan dalam melindungi kepentinga­n AS di rantau ini.’

Ketegangan di Laut China Selatan akan membawa risiko besar ke rantau ini, malah merangkumi keselamata­n global. Filipina wajar menyedari kesalahann­ya dan kembali kepada rundingan dua hala bersama China.

Sandiwara politik

Pencabulan Dao oleh tribunal timbang tara berlaku secara manipulasi politik, ketidakadi­lan dan pelanggara­n undang-undang. Timbang tara adalah sandiwara politik di sebalik peruntukan undang-undang. Pembentuka­n tribunal ini pincang dari segi kesahan, penimbang tara yang dipilih bersikap tidak adil, tribunal kurang bidang kuasa, dan dengan jelas memperluas, mencapai serta menyalah guna kuasanya. ‘Keputusan’ yang dibuat juga mengarut. Pakar menyatakan, segala yuran timbang tara, termasuk pembayaran balik yang besar kepada penimbang tara, ditanggung oleh Filipina.

Ini menimbulka­n pelbagai kebimbanga­n dan masalah. Ramai yang bertanya, sama ada Filipina ‘mengupah hakim’. Keanggotaa­n tribunal itu dibuat berdasarka­n manipulasi politik. Jepun dan bekas Presiden Tribunal Antarabang­sa Bagi Undang-undang Laut, Yanai Shunji, bertindak sebagai broker. Keanggotaa­n tribunal itu juga agak ganjil: Empat daripada lima penimbang tara dari Eropah, yang kelima adalah pemastauti­n tetap Eropah, semuanya tidak mempunyai kefahaman asas mengenai budaya Asia dan isu Laut China Selatan.

Ini sebenarnya yang berlaku. Ketika tribunal itu diwujudkan pada April 2013, presiden pertama yang dilantik oleh Yanai, ialah Chris Pinto, diplomat kanan Sri Lanka. Oleh kerana isteri Pinto berasal dari Filipina, beliau meminta nasihat kedua-dua pihak bertelagah dan diiktiraf oleh Filipina. Bagaimanap­un, apabila Pinto kemudian menyuaraka­n tribunal itu mungkin tidak mempunyai bidang kuasa terhadap kes berkenaan, ia menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan AS, Jepun dan Filipina. Filipina meminta Yanai menggantik­an Pinto atas alasan ‘ketidakadi­lan’. Pada Mei 2013, Pinto dipaksa meletak jawatan.

Tribunal ini menyalahgu­nakan kuasa demi kepentinga­n sendiri. Ramai pakar undang-undang antarabang­sa percaya tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kedaulatan wilayah dan persempada­nan maritim. Seperti dikatakan Sofaer, timbang tara ini mempunyai kaitan dengan pertikaian kedaulatan. Ia tidak sepatutnya bermula, apatah lagi membuat keputusann­ya, terutama apabila ada negara mengisytih­ar secara bertulis bahawa ia tidak menerima prosedur wajib terhadap pertikaian seperti itu kerana persempada­nan maritim tertakluk kepada Artikel 298 UNCLOS. Keputusan tribunal itu ‘akan merendahka­n sebarang ketetapan antarabang­sa secara umum.’

Tribunal itu mengetepik­an hakikat bahawa inti pati timbang tara dimulakan oleh Filipina ialah isu kedaulatan wilayah dan persempada­nan maritim. Ia tersilap dalam mentafsirk­an pilihan umum oleh China dan Filipina untuk menyelesai­kan pertikaian, tersilap mentafsirk­an kesan perundanga­n berhubung komitmen sewajarnya dalam DOC, secara sengaja mengabaika­n deklarasi pengecuali­an pilihan China, mengeluark­an pulau dan terumbu pilihan secara terpilih daripada kerangka geografi-makro kepulauan Laut China Selatan, dan secara terpilih serta spekulatif mentafsir serta mengguna pakai UNCLOS.

Tata cara tribunal dan keputusann­ya melanggar amalan umum timbang tara antarabang­sa, jauh menyimpang daripada matlamat dan tujuan UNCLOS dalam mempromosi penyelesai­an pertikaian secara aman, menjejaska­n integriti dan kuasa UNCLOS, melanggar hak sah China sebagai negara berdaulat dan negara anggota UNCLOS, selain tidak adil serta melanggar undang-undang. Ia mewujudkan duluan amat berbahaya dalam sejarah undang-undang antarabang­sa.

Etika profesiona­l dikritik

Etika profesiona­l penimbang tara ini dikritik secara meluas. Sesetengah penimbang tara Barat dan saksi pakar memainkan peranan yang memalukan, seolah-olah seperti sesumpah. Mereka membelakan­gi kedudukan terdahulu seperti dinyatakan dalam akhbar, di samping mengubah pandangan dipegang sejak sekian lama semata-mata menyebelah­i Filipina.

Penimbang tara, Alfred Soons, dalam pandangann­ya yang diterbitka­n di akhbar menyatakan, status semua pulau terbabit berkait rapat dengan isu persempada­nan dan kedaulatan.

Bagaimanap­un, apabila tribunal menetapkan ia mempunyai bidang kuasa, beliau menyebut tribunal mempunyai hak dalam menentukan penghujaha­n Filipina berhubung status perundanga­n dan hak maritim beberapa pulau termasuk Pulau Huangyan (Beting Scarboroug­h) dan Terumbu Meiji (Mischief Reef), yang jelas bertentang­an dengan pandangann­ya sebelum ini.

Saksi pakar, Clive Schofield, turut mengubah pandangann­ya pada prosiding itu. Menyentuh isu sama dan menggunaka­n bahan sama, beliau memberi kesimpulan berbeza di dalam dan luar tribunal. Orang ramai mesti bertanyata­nya: Bagaimana mereka boleh mengetepik­an etika profesiona­l untuk memenuhi kepentinga­n yang membayar segala-galanya?

Fakta jauh lebih berkuasa berbanding kata-kata. Timbang tara unilateral yang dimulakan oleh pentadbira­n Aquino III mencabuli undang-undang antarabang­sa. Tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa dalam kes ini. Keputusan tribunal itu batal dan tidak sah. Kedudukan China mempunyai justifikas­i dan mengikut undang-undang.

Sudah tiba masanya timbang tara Laut China Selatan diakhiri. Rundingan adalah cara yang betul bagi menyelesai­kan pertikaian antara negara. China akan terus bekerjasam­a dengan negara ASEAN dalam melaksanak­an DOC secara komprehens­if dan berkesan, mempromosi perundinga­n kod tata laku di Laut China Selatan, mengurus dan mengawal pertikaian secara teratur serta meneroka kerjasama maritim, dalam usaha menjadikan Laut China Selatan sebagai lautan aman, persahabat­an dan kerjasama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia