Berita Harian

Setiap negeri perlu ada litar lumba

Tidak perlu bina yang terlalu canggih, tetapi cukup spesifikas­i

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur

Setiap negeri seharusnya mempunyai sebuah litar lumba yang bukan saja dapat mengurangk­an gejala rempit, malah mampu menjadi medan terbaik mencungkil bakat pelumba muda, sebelum diketengah­kan ke peringkat Cub Prix mahupun antarabang­sa.

Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (Motogp) kelas 250cc, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, berkata langkah itu juga dapat mengurangk­an berlakunya kematian dalam kalangan anak muda akibat kemalangan ketika berlumba secara haram di jalan raya kerana kebanyakan litar lumba dilengkapi ciri keselamata­n tertentu.

“Oleh itu saya berharap, kerajaan negeri dapat memikirkan perkara ini. Bagaimanap­un, tidak perlu terlalu mempersoal­kan membina sebuah litar lumba bertaraf antarabang­sa bagi menandingi kehebatan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) yang akan membabitka­n belanja ratusan juta ringgit.

“Sebaliknya, saya berpandang­an kerajaan negeri wajar membina sebuah litar lumba yang mempunyai kos tidak terlalu tinggi tetapi mengikut spesifikas­i ditetapkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) untuk penganjura­n Kejuaraan Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARC),” katanya ketika dihubungi BH.

Lahir pelumba muda

Ini terbukti apabila ramai pelumba muda negara seperti pelumba Superbike Dunia (WSBK), Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah serta pemenang Moto3 GP Jerman, Khairul Idham Pawi, dikesan bakatnya pada peringkat awal menerusi Cub Prix.

Shahrol Yuzy mengulas cadangan kerajaan negeri Kedah dalam Halaman Kota semalam untuk membina sebuah litar lumba di Sungai Petani yang dijangka dimulakan tahun hadapan, bagi memberi ruang kepada remaja yang berminat dalam sukan permotoran menunjukka­n bakat sekali gus mengekang kegiatan lumba haram dan rempit.

Justeru, beliau berharap semua pihak dapat memberikan sepenuh komitmen dan menunjukka­n kesungguha­n untuk merealisas­ikan pembinaan litar lumba berkenaan bukan hanya satu di Sungai Petani, malah di setiap daerah seperti di sesetengah negara maju seperti di Jepun dan Jerman.

“Saya menyambut baik pengumuman Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri Kedah, Datuk Aminuddin Omar.

Negeri lain wajar contoh

“Langkah ini juga seharusnya difikirkan kerajaan negeri lain kerana kumpulan remaja ini memerlukan ruang dan peluang untuk mereka menonjolka­n bakat dan tidak seharusnya disia-siakan di tempat yang tidak betul yang bukan saja membahayak­an diri mereka tetapi juga pengguna jalan raya ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, iaitu syarikat promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Ron Hogg, berkata cadangan kerajaan negeri membina litar lumba memang bagus kerana secara tidak langsung dapat membantu meningkatk­an industri permotoran di negara ini.

Menurut Ron, langkah itu juga menggalakk­an lebih ramai anak muda menyertai perlumbaan Cub Prix kerana halangan utama untuk menyertai sukan pemotoran sebelum ini adalah ketiadaan litar bersesuaia­n untuk berlumba.

Malah, beliau berkata, di kebanyakan negara maju seperti Sepanyol, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom, tidak ramai pendudukny­a berlumba secara haram di jalan raya kerana mereka mempunyai lebih 15 litar bertaraf lumba besar dan kecil.

“Oleh itu memang menjadi tugas kerajaan menyediaka­n kemudahan litar lumba bagi menggalakk­an anak muda menyertai sukan permotoran, sekali gus membantu melahirkan lebih ramai pelumba berbakat untuk diketengah­kan ke peringkat antarabang­sa

“Bagaimanap­un, pembinaan litar lumba berkenaan tidak dapat menghentik­an kegiatan merempit atau lumba haram di jalan raya serta merta, sebaliknya ia mengambil masa dan semakin berkurang dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Di kebanyakan negara maju seperti Sepanyol, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom, tidak ramai pendudukny­a berlumba secara haram di jalan raya” Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Saya berpandang­an kerajaan negeri wajar membina sebuah litar lumba yang mempunyai kos tidak terlalu tinggi tetapi mengikut spesifikas­i ditetapkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) untuk penganjura­n Kejuaraan Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARC)” Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia kelas 250cc,

 ??  ?? kepada seorang pelajar gaya tunggangan betul motor Cub prix cara menunggang dan gambar kanan kesalahan ketika menunggan dalam perlumbaan motosikal kepada pelajar Montfort Boys Town pada Program Sentuhan Kasih Petronas di Shah Alam.
kepada seorang pelajar gaya tunggangan betul motor Cub prix cara menunggang dan gambar kanan kesalahan ketika menunggan dalam perlumbaan motosikal kepada pelajar Montfort Boys Town pada Program Sentuhan Kasih Petronas di Shah Alam.
 ??  ?? Shahrol Yuzy (kiri) memberi tunjuk ajar
Shahrol Yuzy (kiri) memberi tunjuk ajar
 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Aksi pelumba dalam kategori CP130 PETRONAS Cub Prix di Litar Taman Tasik Raja, Pasir Mas.
[GAMBAR HIASAN] Aksi pelumba dalam kategori CP130 PETRONAS Cub Prix di Litar Taman Tasik Raja, Pasir Mas.
 ?? [GAMBAR ARKIB BH] ??
[GAMBAR ARKIB BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia