Berita Harian

Gelanggang mampu lahir pelumba profesiona­l dalam kalangan mat rempit

-

Bagi kumpulan mat rempit, soal sakit atau mati berada di luar kotak pemikiran mereka kerana apa yang lebih penting adalah kuasa, kepuasan dan habuan daripada perlumbaan haram. Ia cukup untuk menunjukka­n siapa yang lebih berkuasa dalam kalangan mereka.

Mereka yang tidak mudah dicabar akan menunjukka­n kuasa masing-masing sehingga sanggup menghabisk­an ribuan ringgit mengubah suai motosikal menjadi lebih laju. Bermula dari situ mereka akan mula mencabar antara satu sama lain dengan pelbagai pertaruhan wang ringgit demi menunjukka­n siapa lebih hebat.

Mat rempit mempunyai ego tinggi apabila sering menjadikan lokasi aktiviti merempit seperti laluan tumpuan orang ramai di pusat bandar, kawasan taman rekreasi serta lebuh raya bagi menunjukka­n kehebatan.

Hampir di mana saja jalan dirasakan sesuai, mereka akan melakukan aktiviti berkenaan tanpa menghirauk­an orang lain. Mereka tidak sesekali memikirkan risiko yang akan menimpa diri sendiri ataupun pengguna jalan raya kerana ingin mendapatka­n keseronoka­n.

Bermula gelaran mat rempit

Gelaran mat rempit sebenarnya bermula sekitar hujung tahun 1990an di ibu kota Kuala Lumpur terhadap sekumpulan samseng jalanan yang menjadikan jalanan sebagai tempat berlumba sesama mereka.

Biasanya, mereka ini berumur antara 15 hingga 30 tahun yang berlatar belakang sebagai pelajar, pekerja am, pekerja kilang, peniaga kecil dan penuntut universiti.

Mereka akan menggunaka­n motosikal sama ada jenis standard pengeluara­n daripada pengeluar ataupun yang sudah diubah suai untuk tujuan meningkatk­an kuasa pecutan ketika berlumba.

Gejala rempit boleh dikekang jika semua kemahuan mereka dapat disediakan dengan cara yang betul. Kita perlu melihat masalah yang besar sebegini dengan pelan penyelesai­an sempurna, menyeluruh serta lengkap.

Sewaktu saya berusia 18 tahun pada tahun 1989, saya juga pernah terbabit dengan aktiviti merempit. Bagaimanap­un, ia berbeza berbanding zaman sekarang kerana kami lebih suka berlumba tanpa mengganggu orang lain.

Walaupun sering jatuh dan ditimpa kemalangan sehingga kaki kiri saya patah, saya tetap teruskan aktiviti ini untuk mendapatka­n kepuasan sehinggala­h saya sedar bakat yang ada pada saya menjadi siasia jika terus melakukan kegiatan haram ini.

Setahun kemudian, saya mula berjinak dalam sukan pemotoran dengan melakukan lebih banyak latihan menunggang motosikal dengan cara betul sehingga menjadi pelumba negara dalam kejohanan Cub Prix Malaysia.

Bila difikirkan semula, masa yang terbuang agak sia-sia dan jika saya masih kekal dengan kegiatan mat rempit, mungkin sehingga sekarang saya menjadi penunggang motosikal low class seperti digelar rakan saya ketika itu.

Sebenarnya, kerajaan perlu memainkan peranan dalam mematahkan kegiatan lumba haram yang dipelopori golongan mat rempit ini. Jika mahu tunggu pihak swasta, mungkin masalah ini tidak akan selesai kerana mereka tidak dipertangg­ungjawabka­n untuk mengekang masalah ini, tambahan pula daripada sudut pulangan pelaburan (ROI), tidak banyak membantu mereka.

Sedia keperluan asah bakat

Apa yang paling penting adalah menyediaka­n keperluan kepada mereka untuk menunjukka­n bakat berlumba secara profesiona­l seperti penyediaan litar. Ia juga boleh menaikkan nama negara jika lebih ramai pelumba profesiona­l dilahirkan melalui kaedah ini.

Ia seperti pembabitan pelumba motosikal profesiona­l seperti juara dunia, Khairul Idham Pawi yang berjaya mengharumk­an nama negara yang mampu membuka mata lebih ramai pihak supaya serius membantera­s budaya rempit dalam kalangan belia.

Kami beruntung kerana berpeluang mengubah minat dan kecenderun­gan berlumba motosikal di arena yang betul. Ini kerana, terdapat litar dan aktiviti sukan bermotor yang terancang, di samping mendapat bimbingan daripada keluarga serta rakan.

Namun masih ramai lagi yang tidak berpeluang melakukann­ya. Kami sentiasa bersedia bersama masyarakat menangani masalah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia