Berita Harian

Transforma­si projek PPR dilaksana seluruh negara

Tingkat keselesaan penduduk berpendapa­tan rendah

- Oleh Samadi Ahmad

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanak­an transforma­si Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dalam masa terdekat, bagi meningkatk­an keselesaan penduduk berpendapa­tan rendah yang tinggal di situ.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya akan menjadikan PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor sebagai projek pertama transforma­si itu sebelum diperluask­an ke seluruh negara.

Nikmati hasil transforma­si

Noh berkata, seramai 10,000 penduduk di kawasan berkenaan akan menikmati hasil transforma­si berkenaan, membabitka­n penambahba­ikan infrastruk­tur termasuk dari aspek kebersihan dan pengurusan sampah.

“Saya sudah mengadakan lawatan ke kawasan perumahan berkenaan beberapa kali dan mendapati projek PPR yang dibangunka­n KPKT itu gagal ditadbir dengan baik oleh Kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Aidilfitri bersama warga KPKT di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohammad Mentek.

Tutup 850 pusat sampah

Sementara itu, Noh berkata, KPKT sudah menutup 850 lokasi pusat sampah haram di tujuh kawasan yang melaksanak­an Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672), selain mengedarka­n 1.7 juta tong sampah kepada penduduk bagi melaksanak­an program itu.

Pada majlis itu, beliau turut melancarka­n Promosi Pengasinga­n Sisa Pepejal Di Punca melalui pemasangan pelekat berinforma­si di 14 lif di kementeria­n bertujuan memberi manfaat dan pengetahua­n kepada pelanggan yang datang berurusan.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Noh menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak pada majlis Aidilfitri bersama warga Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Noh menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak pada majlis Aidilfitri bersama warga Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia