Berita Harian

Pengeluara­n kad UNHCR dihenti serta-merta

-

Putrajaya: Kabinet semalam memutuskan untuk tidak lagi membenarka­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mengeluark­an kad UNHCR kepada individu yang memohon kad itu secara terus dari kaunter pejabat pertubuhan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata keputusan itu yang berkuat kuasa serta-merta dibuat bagi mengelakka­n lambakan pemegang kad itu di negara ini, termasuk kepada mereka yang tidak layak, sekali gus menyumbang kepada masalah keselamata­n negara dan sosial.

“Ada yang datang sewenang-wenangnya ke pejabat UNHCR di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur tanpa sebarang dokumen dan mendapat kad itu sedangkan mereka sebenarnya perlu mendapat kebenaran Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Bukan pelarian politik

“Kalau diikutkan, pelarian Rohingya (dari Myanmar) dan orang lain dari negara itu tidak layak diberi kad itu kerana mereka bukan pelarian politik, tidak dibunuh atau dizalimi di sana. Mereka adalah pendatang (disebabkan) ekonomi.

“Saya sudah banyak kali bertemu mereka (UNHCR) supaya menghentik­an pengeluara­n kad itu tanpa kebenaran Jabatan Imigresen dan polis,” katanya selepas Majlis Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Shahidan berkata, kad UNHCR hanya boleh dikeluarka­n kepada pelarian yang berada di depoh tahanan atau mereka yang dicadangka­n KDN dan Jabatan Imigresen.

Katanya, semua pelarian ini tidak dibenarkan bekerja tetapi ada dalam kalangan mereka menjadi pemandu teksi dan penjual karpet, selain meneroka hutan secara haram terutama di Cameron Highlands, Lojing dan Rompin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia