Berita Harian

Ahmad Said Timbalan EXCO

Pelantikan bekas MB Terengganu dianggap mengejutka­n

- Oleh Baharom Bakar dan Noor Aznida Alias

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukak­an usul undi tidak percaya terhadap penggantin­ya, Ahmad Razif Abd Rahman pada 8 Mac lalu, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam rombakan EXCO Terengganu, semalam.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu seperti terkandung dalam pekeliling rombakan portfolio dikeluarka­n Pejabat Menteri Besar semalam, dianggap mengejutka­n kerana selepas beliau digugurkan daripada menerajui kepemimpin­an negeri dan dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Razif.

Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman dan dilantik sebagai timbalan kepada Datuk Mohd Jidin Shafie selaku Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai pelantikan itu.

Transforma­si kerajaan

Ahmad Razif yang ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaa­n Media Bersama Eastern Pacific Corporatio­n (EPIC), di sini malam tadi, berkata perubahan dan penyusunan semula portfolio EXCO negeri adalah transforma­si kerajaan untuk memantapka­n jentera pentadbira­n.

“Ia proses biasa dan tiada apaapa perlu dihairanka­n. Inilah yang dinamakan transforma­si kerajaan,” katanya sambil menambah, pelantikan Ahmad Said juga perkara biasa kerana setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memang dilantik secara automatik memangku jawatan timbalan EXCO dan diberi elaun.

Sudah pegang jawatan

Katanya, Ahmad Said sebelum ini sudah pegang jawatan timbalan EXCO, tetapi tidak dinyatakan sehingga pengumuman barisan EXCO negeri yang baharu bagi memudahkan rakyat berurusan.

Mendahului senarai pertukaran portfolio itu ialah Ahmad Razif sendiri yang akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan, selain Jawatankua­sa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, iaitu portfolio yang dipegang sekarang.

Ia proses biasa dan tiada apa-apa perlu dihairanka­n. Inilah yang dinamakan transforma­si kerajaan” Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu

 ??  ?? Ahmad Said
Ahmad Said
 ??  ??
 ??  ?? Mohd Jidin Shafie
Mohd Jidin Shafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia