Berita Harian

ANGKASA sasar 16,000 koperasi

Pelbagai usaha dilakukan bagi merealisas­ikan jumlah, tambah bilangan koperasi

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yakin sasaran kerajaan untuk menubuhkan 16,000 koperasi berdaftar menjelang 2020 mampu dicapai.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fatah Abdullah, berkata keyakinan itu berdasarka­n pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan dalam menarik minat orang ramai mengenai penubuhan koperasi.

“Sehingga kini, ada 13,000 koperasi berdaftar di seluruh negara dan sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah sebanyak 16,000 menjelang 2020 mampu direalisas­ikan.

“Berdasarka­n rekod Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), pendaftara­n koperasi baharu menunjukka­n peningkata­n yang baik,” katanya selepas majlis prapelanca­ran Cabaran Go-kart Koperasi bersama ANGKASA 2016 di Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP) di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi NSTP, Mohd Fadzil Abd Ghani.

Bagaimanap­un, katanya, usaha untuk menambah bilangan ahli koperasi perlu dipergiatk­an lagi supaya sasaran seramai 16 juta ahli menjelang 2020 mampu dicapai.

“Setakat ini, seramai lapan juta ahli koperasi di seluruh negara iaitu kira-kira 25 peratus. Sasaran kerajaan ialah sebanyak 50 peratus menjelang 2020,” katanya.

Pelbagai pendapatan

Mengulas mengenai Cabaran Gokart Koperasi bersama ANGKASA 2016 anjuran Koperasi NSTP, Abdul Fatah berkata, penganjura­n yang memasuki tahun kedua itu adalah usaha yang amat baik bagi mempelbaga­ikan pendapatan koperasi.

“Saya berharap penganjura­n tahun depan boleh membabitka­n koperasi dari negara ASEAN pula, sekali gus menjadikan penganjura­n ini bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Cabaran Go-kart Koperasi bersama ANGKASA 2016 bakal berlangsun­g di Litar Go-kart Sepang pada 20 Ogos depan dengan ANGKASA sebagai penaja utama.

Rakan penaja lain ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Rakyat Management Services Sdn Bhd, United Engineer Malaysia Group Berhad, Malaysia Building Society Berhad, Koperasi Coop2u Berhad, Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad dan Koperasi Perdanajay­a Malaysia Berhad.

 ??  ?? Abdul Fattah (tengah) dan Mohd Fadzil (lima dari kiri) bersama penaja pada majlis prapelanca­ran Cabaran Go Kart Koperasi bersama ANGKASA 2016 di Balai Berita, semalam.
Abdul Fattah (tengah) dan Mohd Fadzil (lima dari kiri) bersama penaja pada majlis prapelanca­ran Cabaran Go Kart Koperasi bersama ANGKASA 2016 di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia