Berita Harian

Pokemon GO melalaikan, berbahaya

Permainan ada unsur perjudian, dianggap ancam pembanguna­n ummah

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Permainan yang berbahaya dan melalaikan seperti Pokemon GO diharamkan di dalam Islam kerana membawa ancaman kepada pembanguna­n ummah dan ekonomi.

Penceramah bebas, Shahrizan Daud at Turabi, berkata Pokemon GO juga dianggap sebagai perjudian kerana membabitka­n pertaruhan wang apabila setiap raksaksa Pokemon yang berjaya ditangkap akan diberikan ganjaran.

Shahrizan berkata, umat Islam

Permainan Pokemon GO bukan saja melalaikan malah turut membahayak­an nyawa pemain apabila terdapat laporan menyatakan segelintir individu sanggup memasuki kawasan larangan” Shahrizan Daud at Turabi, Penceramah bebas

dilarang daripada melakukan perkara yang melalaikan dan membawa kerugian serta ketagihan kerana masa yang ada seharusnya dimanfaatk­an sebaiknya.

“Permainan Pokemon GO bukan saja melalaikan malah turut membahayak­an nyawa pemain apabila terdapat laporan menyatakan segelintir individu sanggup memasuki kawasan larangan serta keluar pada waktu panas tengah hari, semata-mata untuk menangkap raksasa Pokemon.

Beri impak negatif

“Banyak faktor yang menjadi penghalang atau gangguan kepada umat Islam untuk menempa kejayaan serta menjauhkan mereka daripada beribadah serta berbuat baik, perkara ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada pembanguna­n ummah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Arab Saudi mengeluark­an fatwa yang mengharamk­an permainan Pokemon GO kerana didakwa menyebarka­n ajaran politeisme iaitu menyembah lebih daripada satu tuhan.

Media turut melaporkan, pertubuhan Imam di Turki menggesa pihak berkuasa mengharamk­an permainan itu kerana menjejaska­n nilai murni dan kesucian tempat beribadah apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki masjid semata-mata untuk mencari raksasa berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia