Berita Harian

Penculik minta wang tebusan RM17J

Mangsa hubungi majikan maklumkan jumlah dituntut kumpulan Abu Sayyaf

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

“Ya Allah kenapalah jadi begini. Kami bukan orang senang, tolonglah bebaskan suami saya,” luah Gustiah Sultan, isteri Tayudin Anjut, 45, seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik di perairan Lahad Datu, Isnin lalu.

Gustiah, 46, berkata beliau mendapat tahu daripada majikan Tayudin yang suaminya ada menghubung­i memaklumka­n dia dan empat rakan diculik kumpulan Abu Sayyaf dengan wang tebusan diminta didakwa berjumlah 200 juta peso (RM17 juta).

Katanya, dia tidak mampu menyediaka­n wang yang banyak untuk membebaska­n suaminya, kecuali mengharapk­an bantuan pihak berkuasa dan pasukan keselamata­n berunding bagi memastikan semua mangsa dalam keadaan selamat.

“Saya buntu memikirkan nasib suami, kenapalah mereka (penculik) buat begini kepada orang susah seperti kami... dua anak saya kerap bertanya mengenai keadaan bapanya. Kami menangis apabila menonton perkembang­an kes culik dalam saluran berita di televisyen.

Pelajaran anak terganggu

“Anak sulung saya, Erin Farisha akan menduduki peperiksaa­n per-

Saya buntu memikirkan nasib suami, kenapalah mereka (penculik) buat begini kepada orang susah seperti kami... dua anak saya kerap bertanya mengenai keadaan bapanya” Gustiah Sultan Isteri Tayudin

cubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu,” katanya ketika ditemui BH di rumahnya di sini, semalam.

Seorang lagi anak Gustiah ialah Mohd Fahrin Tayudin, 5.

Dalam insiden penculikan terbaharu Isnin lalu, lima warga Malaysia yang juga kru kapal tunda Serudong 3 diculik di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, ketika perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir jam 2 petang dalam keadaan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum semua kru terbabit disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Empat lagi kru ialah diculik ialah juragan, Abd Rahim Summas, 62; Fandy Bakran, 26; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23; semuanya dari daerah ini, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang.

Ibu hampir pitam

Sementara itu, Hasmiah Lahapi, 50, ibu kepada Fandy, mengakui dia hampir pitam sebaik mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anak ketiga daripada lima beradik terbabit.

“Saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana terlalu risau memikirkan keadaan keselamata­n anak. Kali terakhir saya berjakap dengannya pada Khamis lalu dan sebagai ibu saya berdoa anak saya akan pulang dengan selamat,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia