Berita Harian

PDRM tunggu pengesahan rasmi Filipina

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung kehilangan lima kru kapal tunda Serudong 3 di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, Sabah dipercayai diculik kumpulan militan Abu Sayyaf.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata lima lelaki rakyat Malaysia itu dipercayai menjadi mangsa culik dan dibawa ke selatan Filipina.

“Polis masih lagi menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa di sana (Filipina) sama ada mereka ini diculik dan juga menyiasat kemungkina­n kumpulan sama yang mendalangi insiden penculikan sebelum ini.

“Setakat ini, tiada sebarang tuntutan wang tebusan diterima daripada mana-mana pihak. Polis masih lagi menyiasat kes ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkina­n kehilangan lima kru itu didalangi sindiket culik untuk mendapatka­n pampasan.

Beliau percaya kehilangan lima rakyat Malaysia itu dilakukan oleh kumpulan sama yang terbabit dalam beberapa insiden penculikan di perairan Sabah, sebelum ini.

Lima rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

Sedia bantuan ketenteraa­n

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pihaknya sedia memberi bantuan ketenteraa­n dalam membantu kes penculikan berkenaan.

Katanya, Kementeria­n Pertahanan memandang serius isu berkaitan ancaman keselamata­n terutama membabitka­n jenayah rentas sempadan dan ancaman kumpulan militan IS.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap apa juga usaha pihak berkuasa untuk membantera­s apa juga aktiviti yang mengancam keselamata­n negara.

“Selain itu, kita turut bekerjasam­a rapat dengan Filipina dan Indonesia dalam memastikan ancaman ini dapat dibanteras secara bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Kementeria­n Pertahanan di Dewan Seroja, di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia