Berita Harian

Selaras sistem pendidikan awal kanak-kanak

-

Putrajaya: Kerajaan perlu menyelaras­kan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang kini membabitka­n Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah satu portfolio baharu.

Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pembanguna­n Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob, berkata ketika ini, pusat penjagaan seperti TASKA diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu di bawah KPWKM, manakala prasekolah pula di bawah Kementeria­n Pendidikan.

Beliau berkata, apabila kedua-duanya digabung di bawah satu kementeria­n baharu atau diwujudkan portfolio baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia dapat diselarask­an dari segi kokurikulu­m kerana sebelum ini timbul masalah sukar mendapatka­n bajet termasuk tiada standard silibus tertentu.

“Terdapat tiga langkah memastikan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini lebih mudah diselia. Pertama, kita perlu selaraskan pendidikan berkenaan di bawah satu bumbung supaya tidak timbul pertindiha­n, sekali gus mewujudkan kesinambun­gan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Wujud kementeria­n baharu

“Langkah kedua, wujudkan kementeria­n baharu bagi menguruska­n pendidikan awal kanak-kanak di negara ini. Selepas itu, kerajaan boleh menubuh dan menggubal akta serta memperoleh bajet untuk pembanguna­n dan kelestaria­n pendidikan.

“Ketiga, kekal dengan struktur pengurusan berkenaan tetapi tenaga pengajar perlu dilatih supaya lebih cekap dengan pembabitan sektor swasta,” katanya selepas pembentang­an kertas kerja pada majlis perasmian Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Rantau Asia Pasifik (APFEC) 2016 di sini, semalam.

Aminah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Kokurikulu­m dan Penyelidik­an PERMATA Negara (PERMATA) berkata, antara negara yang menyelaras­kan pendidikan awal kanak-kanak di bawah satu portfolio adalah Indonesia, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), New Zealand dan Australia.

Katanya, perkhidmat­an kesihatan juga perlu dititikber­atkan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang ketika ini diuruskan Kementeria­n Kesihatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia