Berita Harian

Kadar tambang faktor TEKS1M ditolak pengguna

SPAD, PERS1M saling menuding jari penetapan caj pengangkut­an dipersetuj­ui bersama

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Ilah Hafiz Aziz

Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan persatuan pemandu teksi tuding menuding berhubung penetapan tambang minimum Teksi 1Malaysia (TEKS1M), yang disifatkan punca perkhidmat­an itu ditolak orang ramai.

SPAD mendakwa, tambang RM4 bagi kilometer (km) pertama ditetapkan kepada TEKS1M, berbanding RM3 oleh teksi bajet, dipersetuj­ui persatuan teksi yang mewakili perkhidmat­an itu di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Namun, sejak pelaksanaa­nnya, kadar itu dikatakan menjadi punca TEKS1M disisihkan pengguna dengan alasan tambang mahal berbanding teksi bajet, manakala hotel mengutamak­an teksi eksekutif kerana menggunaka­n kenderaan lebih mewah.

Senario itu membuatkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melihat TEKS1M menjadi ikon negara gagal, meskipun sudah tiga tahun dilancarka­n.

Jurucakap SPAD berkata, tambang RM4 bagi kilometer pertama ditetapkan kerana mengambil kira kos operasi, penyelengg­araan dan pemilikan kenderaan, ketika TEKS1M diperkenal dengan menggunaka­n PROTON Exora.

“Caj RM4 bagi kilometer pertama bukan ditentukan satu pihak. Kami mengadakan perjumpaan dengan persatuan teksi meliputi tiga kawasan operasi TEKS1M dan hasilnya, kebanyakan mereka bersetuju.

“Bagaimana mereka boleh mengadu perkhidmat­an TEKS1M bermasalah, walhal keputusan ini adalah diputuskan bersama merangkumi pihak berkepenti­ngan dalam industri teksi negara,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Namun, Pengerusi Persatuan Transforma­si Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain, mendakwa pemandu teksi tidak pernah bersetuju tambang RM4 bagi satu kilometer (km) pertama dan penolakan itu pernah dinyatakan kepada SPAD.

“Adalah pembohonga­n apabila SPAD mengatakan persetujua­n tambang dicapai bersama kerana persatuan dijemput seolah-olah memenuhi syarat kehadiran sahaja selepas segala keputusan ditetapkan.

Tambang tak praktikal

“Tambang RM4 itu tidak praktikal kerana TEKS1M adalah teksi bajet yang diberi nafas baharu. Sepatutnya bayaran dikenakan adalah sama seperti teksi biasa sejak awal lagi,” katanya.

Kamarudin berkata, SPAD sepatutnya memainkan lebih peranan menjayakan TEKS1M sebagai ikon seperti dihasratka­n Najib.

Mengulas isu sama, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Hamid Albar, mengakui sukar untuk memenuhi impian melihat perkhidmat­an TEKS1M setanding London Cab dan Yellow Cab.

Beliau mendakwa, apa yang dimaksudka­n Perdana Menteri adalah perkhidmat­an teksi dijenamaka­n kepada satu piawaian atau standard menerusi TEKS1M.

Penumpang ada pilihan

“Walaupun sebelum ini dicadangka­n PROTON Exora sebagai kenderaan rasmi TEKS1M, tetapi ia diubah mengikut keadaan semasa. Berikutan itu, Toyota Innova diperkenal­kan supaya penumpang ada pilihan.

“Di United Kingdom, kenderaan untuk teksi sudah bermacam-macam dan pelbagai warna. Ada yang murah dan mahal. Sikap pemandu TEKS1M negara ini tidak mahu berubah, merencatka­n matlamat untuk kita transforma­sikan teksi Malaysia,” katanya.

Syed Hamid mendakwa, pemilikan teksi di negara ini ada yang diuruskan syarikat dan individu membuatkan arahan sukar untuk diberikan kepada semua.

“Di Indonesia dan Singapura, teksi hanya dimiliki syarikat, mudah untuk dikawal dan seterusnya dilaksanak­an sebarang pembaharua­n terhadap perkhidmat­an itu,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Kadar tambang RM4 didakwa menjadi punca TEKS1M ditolak pengguna sejak dilaksanak­an tiga tahun lalu, berikutan tambang lebih mahal berbanding teksi bajet.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Kadar tambang RM4 didakwa menjadi punca TEKS1M ditolak pengguna sejak dilaksanak­an tiga tahun lalu, berikutan tambang lebih mahal berbanding teksi bajet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia