Berita Harian

Polis rampas trakmakana­n mirip kereta perisai ATM

Dua lelaki termasuk pemandu kenderaan RM55,000 turut ditahan

-

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Polis merampas sebuah kenderaan mirip kereta perisai tentera yang dilengkapi replika pelancar roket yang digunakan sebagai gimik perniagaan minuman kopi di Jalan Semarak Api di di sini, kelmarin.

Dua lelaki termasuk pemandu kenderaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata pihaknya merampas kenderaan itu serta menahan keduadua lelaki berusia 24 dan 28 tahun itu jam 11.30 pagi selepas menerima aduan awam.

Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Cyberjaya untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Kenderaan lulus PUSPAKOM

“Siasatan mendapati dua lelaki itu menjual minuman kopi menggunaka­n kenderaan yang diubah suai sebagai trak makanan. Kenderaan itu bukan kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket juga adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Zawara Coffee, Kamarul Ariff Abd Karim, mendakwa kenderaan itu yang digunakan sejak dua bulan lalu sebagai gimik perniagaan, sudah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

Angkut buah-buahan

Katanya, kelulusan itu diperoleh selepas beliau bersama beberapa rakan membeli kenderaan pacuan enam roda jenis Pinzgauer itu yang tidak digunakan lagi oleh tentera dengan harga RM55,000, kira-kira lima bulan lalu.

“Pada mulanya menggunaka­n kenderaan itu untuk mengangkut buah-buahan di kebun di Hulu Langat. Namun begitu, memandangk­an ia sangat unik, kami mula mengubah suai untuk kegunaan syarikat.

“Kami kemudian mengecat semula, meletakkan logo syarikat dan gambar makanan serta mencipta (replika pelancar) roket menggunaka­n gentian supaya ia melambangk­an minuman yang dijual nampak menarik dan bertenaga,” katanya.

Kamarul berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu dan kekeliruan kerana secara jelas logo syarikat terpapar di kenderaan itu.

“Apa pun kami minta maaf di atas kekeliruan ini. Sebaik sahaja trak itu dikembalik­an, kami akan tukar cat warna hitam dan ungu iaitu warna tema syarikat kami.

“(Replika) Roket yang diletakkan di atas trak itu juga akan dibuang dan digantikan dengan cawan gergasi,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Kenderaan mirip perisai milik ATM ditahan di Cyberjaya, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Kenderaan mirip perisai milik ATM ditahan di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia