Berita Harian

Sami palsu dihukum gantung

Tertuduh didapati bunuh 3 beranak, beri susu dicampur racun

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap seorang sami palsu selepas dia didapati bersalah membunuh seorang wanita dan dua anak mangsa dalam satu upacara ibadat di Kajang, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan keputusan, berkata mahkamah tidak percaya bukti pembelaan yang mendakwa ada sami lain membunuh M Sakunthala, 64, dan dua anak wanita itu, K Manivannam, 33, dan K Rajeswary, 29, manakala tertuduh, K Murugan, 46, hanya menjadi pembantu sami terbabit.

Murugan yang menyamar sebagai sami melakukan jenayah berkenaan dalam satu upacara ibadat di Taman Sri Ramal, Kajang pada kira-kira jam 10.30 malam, 31 Mac hingga jam 2.30 pagi 1 April 2012. Dia didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori.

Penjara 30 tahun

Mahkamah turut memerintah­kan bekas pengawal keselamata­n itu menjalani hukuman penjara 30 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 18 April 2012 selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh suami Sakunthala, M Karuppanan, 70, dan seorang lagi anak pasangan berkenaan, K Malati, 36.

Bagi tuduhan cubaan membunuh dengan memberi minuman susu mengandung­i racun ‘Paraquat’ pada waktu dan tempat sama, Murugan didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Tak mahu bayar hutang

“Niat tertuduh adalah kerana tidak mahu membayar hutang kepada saksi pendakwaan ke-30 (Karuppanan). Tertuduh meletakkan racun dalam minuman dan cuba membakar rumah semua mangsa,” kata Ghazali.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni, manakala tertuduh diwakili peguam, V Jayakumar. Seramai 38 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Murugan hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Murugan hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia