Berita Harian

PPNJ catat untung RM9J setiap tahun

Kendali pelbagai perniagaan asastani jadikan pertubuhan berjaya

- Oleh Junita Mat Rasid

Transforma­si Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) menjadi contoh peladang berjaya apabila mencatatka­n keuntungan kira-kira RM9 juta setiap tahun.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Datuk Saipolbahr­i Suib, berkata pelbagai perniagaan asas tani yang dikendalik­an PPNJ dan rangkaian 100,000 orang di seluruh negeri yang ditadbir dengan baik menjadikan­nya pertubuhan berjaya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), berkata setakat ini hanya Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang, Selangor dan Pahang yang dapat mencatatka­n keuntungan kira-kira RM1 juta setahun, manakala pertubuhan negeri mencatatka­n keuntungan ratusan ribu sahaja.

Contoh terbaik

“Hari ini contoh terbaik yang perlu ditunjukka­n, PPNJ mencatatka­n keuntungan besar dan berjaya mengekalka­nnya. Tahun tahun lalu kita untung RM9 juta dan tahun ini kira-kira RM9 juta walaupun ekonomi gawat.

“Menerusi pengurusan baik, sokongan semua pihak pihak dan komitmen ahli lembaga pengarah, kita meneruskan usaha untuk terus mencatatka­n kejayaan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur, di Dewan Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru, di sini semalam.

Saipolbahr­i berkata, setiap tahun, PPNJ berjaya menyalurka­n geran pengurusan kepada PPK seluruh Johor sebanyak RM30,000, selain geran lawatan sambil belajar, peruntukan belia tani dan peladangni­ta.

Katanya, usaha PPNJ menyalurka­n bantuan peti sejuk kepada usahawan wanita untuk mengedarka­n produk halal sejuk beku ayam juga berjaya meningkatk­an taraf ekonomi mereka dan setakat ini 200 peti sejuk beku dibekalkan.

“PPNJ dah ‘takluk’ pasaran di Lembah Klang dan sebahagian Negeri Sembilan dan Melaka. Sebelum ini apabila kita meletakkan produk di pasar raya besar, bayaran hanya diberikan dalam tempoh enam bulan. Kalau sehari penghantar­an bernilai RM1 juta, mana kita nak cari duit untuk bayar penternak dan pembekal. Jadi susah.

“Produk kita juga diletakkan di bawah, tersorok menyebabka­nnya tidak didedahkan. Jadi, hari ini bila kita bagi pada seluruh ahli peladang, kita berjaya memasarkan produk. Ini antara contoh kejayaan,” katanya.

Saipolbahr­i berkata, PPNJ mengeluark­an 15,000 ekor ayam sehari, manakala NAFAS mengeluark­an 35,000 ekor ayam sehari.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Saipolbahr­i (lima dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur di Dewan Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Saipolbahr­i (lima dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur di Dewan Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia