Berita Harian

Bapa bayi sakit kronik hilang kerja

Kontrak Mustaqamal tidak disambung selepas 31 Ogos

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Sudahlah anak bongsunya yang baharu berusia 32 hari disahkan menghidap penyakit kronik, kini kontrak kerjanya sebagai pemandu di sebuah universiti awam (UA), di sini, pula tidak disambung.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Mustaqamal Said, 45, mengakui kini bingung memikirkan nasib menimpa keluargany­a selepas beliau bakal hilang punca pendapatan, apatah lagi kos untuk rawatan anak bongsunya, Muhammad Firdaus, semakin mendesak.

Mustaqamal berkata, anak bongsunya itu disahkan mengalami masalah buah pinggang dan saraf, selain fizikal kedua telinganya juga tidak normal.

“Setakat ini, saya dimaklumka­n jantung Firdaus berkemungk­inan mempunyai satu lagi lubang. Cuma ia akan disahkan selepas menjalani pemeriksaa­n di Hospital Pulau Pinang (HPP) minggu depan.

Masalah pendengara­n

“Saya difahamkan Firdaus juga berisiko mengalami masalah penglihata­n dan pendengara­n berikutan telinganya tidak sempurna, tetapi ia bergantung pada pemeriksaa­n selanjutny­a nanti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mustaqamal berkata, setakat ini beliau masih belum mengetahui kos rawatan yang diperlukan sekiranya Firdaus perlu menjalani pembedahan.

“Firdaus hanya melakukan pemeriksaa­n di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sahaja buat masa sekarang bagi mengetahui perkembang­an semasanya... segala keputusan sama ada perlu dibedah atau tidak, bergantung kepada pemeriksaa­n lanjutan oleh doktor pakar di HPP.

“Dari segi permakanan bayi saya itu tidak bermasalah, cuma Firdaus mudah penat kerana degupan jantungnya tidak normal," katanya.

Mustaqamal berkata, apa yang merungsing­kannya ketika ini apabila mengenangk­an perkhidmat­annya sebagai pemandu bakal berakhir 31 Ogos nanti.

“Sudah lapan tahun saya berkhidmat dengan status kontrak sebelum status itu ditukar kepada sambilan awal Jun lalu. Perubahan itu menyebabka­n gaji saya sekitar RM2,000 dikurangka­n kepada RM1,300 sebulan.

“Saya hanya dimaklumka­n keputusan kontrak khidmat saya tidak disambung disebabkan perubahan pada taraf kelayakan iaitu perlu sekurang-kurangnya kredit dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP),” katanya yang berharap dalam tempoh terdekat dapat mencari pekerjaan baharu bagi menampung keluargany­a.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Mustaqamal dan isteri, Zaleha Kassim, bersama bayi mereka Muhammad Firdaus yang mengalami masalah jantung berlubang, saraf dan masalah buah pinggang, di Kampung Bohor Temak.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Mustaqamal dan isteri, Zaleha Kassim, bersama bayi mereka Muhammad Firdaus yang mengalami masalah jantung berlubang, saraf dan masalah buah pinggang, di Kampung Bohor Temak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia