Berita Harian

Ibu tunggal sebak terima bantuan MAIK

-

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal yang hanya mampu mengengsot untuk melakukan aktiviti harian, tidak dapat menahan sebak apabila menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Bantuan kecemasan wang tunai RM2,000 itu disampaika­n Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi di rumah wanita malang itu, Zaharah Mamat, 48, di Kampung Tapang, di sini.

Bantuan itu susulan arahan daripada Yang Dipertua MAIK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang simpati terhadap nasib Zaharah yang bukan sahaja seorang OKU malah ibu tunggal miskin.

Zaharah berkata, beliau lumpuh sejak terbabit kemalangan 10 tahun lalu yang turut mengorbank­an suaminya, menyebabka­nnya kini terpaksa mengengsot untuk melakukan kegiatan harian.

“Sebelum ini saya tinggal seorang diri di Kampung Beris Jambu, namun berpindah ke rumah adik beradik di Kampung Tapang sejak tiga bulan lalu selepas rumah peninggala­n arwah suami diambil oleh anak tiri.

“Disebabkan itu, saya terpaksa berpindah dan menumpang teduh di rumah adik beradik. Mereka turut membina sebuah rumah menggunaka­n bahan binaan terpakai untuk saya berteduh, namun tiada bekalan air dan elektrik kerana tidak mampu membayar deposit Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Hargai sumbangan

“Saya bersyukur dengan sumbangan hari ini (semalam) dan berterima kasih kepada MAIK yang prihatin dengan nasib saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata, pihaknya tampil menyalurka­n bantuan selepas kisah penderitaa­n ibu tunggal itu mendapat liputan media baru-baru ini.

“Hari ini kita hanya menyampaik­an wang tunai RM2,000, namun bantuan susulan akan diberikan termasuk bayaran deposit TNB sehingga Zaharah mampu hidup selesa,” katanya.

 ?? [FOTO BETTY SUBARYATI/BH] ?? Nik Mohd Azlan menyerahka­n cek sumbangan kecemasan kepada ibu tunggal, Zaharah di Kampung Tapang, Kota Bharu.
[FOTO BETTY SUBARYATI/BH] Nik Mohd Azlan menyerahka­n cek sumbangan kecemasan kepada ibu tunggal, Zaharah di Kampung Tapang, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia