Berita Harian

Panduan solat ketika musafir

-

Masih ramai umat Islam yang keliru mengenai cara solat ketika bermusafir iaitu perbezaan solat jamak dan qasar, cara pelaksanaa­n dan syarat sahnya.

Buku Solat Musafir karya Zul Aimran Omar memberikan panduan dari sudut teori dan praktikal dalam gaya penulisan ringkas, mudah difahami khususnya kepada mereka yang mengembara dan melalui perjalanan jauh.

Adab, tatacara musafir

Antara pengisian dalam naskhah ini termasuk adab dan tatacara sebelum bermusafir sebagaiman­a diunjurkan Islam termasuk melakukan solat sunat musafir sebanyak dua rakaat, berdoa dan jelas terhadap niat, matlamat dan tujuan.

Selain itu, ia turut menyelitka­n fakta dalam bentuk jadual dan gambar rajah termasuk perbezaan antara solat qasar dan jamak dari pelbagai aspek seperti bilangan rakaat, situasi dibenarkan melakukann­ya dan syarat jarak perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia