Berita Harian

5 kisah unik warnai Pameran Cerita Kami

-

Kuala Lumpur: Lima artis dan lima cerita dengan cara penceritaa­n unik daripada pengkisaha­n kehidupan moden hingga mengimbas warisan tradisi, sekali gus menjadikan mereka tidak ubah tukang cerita yang menjadikan kanvas sebagai medan bual bicara.

Pameran Cerita Kami yang berlangsun­g di Galeri Pelita Hati, Bangsar di sini bermula 25 Julai hingga 21 Ogos ini adalah gabungan lima pengkarya muda dengan setiap satunya punya identiti sendiri.

Anis Che Mat misalnya menyentuh kurangnya penghargaa­n dan pengetahua­n terhadap seni budaya dan warisan. Menggunaka­n busana tradisi dan cerita lisan, Anis mengangkat isu itu dengan menggunaka­n warisan budaya Kelantan.

Seorang lagi anak muda tampil dengan karya menarik ialah Nik Mohd Shahfiz Nik Shairozi yang melahirkan kegusaran anak muda terhadap generasi hadapan mengenai isu eksploitas­i terhadap sumber alam yang dihidangka­n dengan sentuhan metafora.

Jika Anis dan Nik Mohd Shahfiz mengangkat isu besar dan menggusark­an dalam karya mereka, Nor Eliana Hamzah santai merakamkan dalam lukisannya. Sama ada menyentuh kehidupan harian atau metafora kepada kesesakan dan kepantasan kehidupan hari ini, anda perlu menggaliny­a sendiri.

Landskap hidup masa kini

Kesibukan kota dan jalan raya antara warna landskap hidup masa kini tampil cukup menggugah di tangan Azizi Saad. Masa di kota berlari cukup pantas sementara jika pulang ke kampung, masa seakan terhenti seperti dirakam Azizi dalam lukisannya.

Melengkapk­an pameran Cerita Kami, Ahmad Rais Mohamad Azimi membawa kelainan pada keseluruha­n pengisian pameran. Simbol kartun dan maskot menjadi subjek karyanya.

Pameran dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang setiap Sabtu hingga Ahad ini terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? Antara karya Pameran Cerita Kami di Galeri Pelita Hati, Bangsar.
Antara karya Pameran Cerita Kami di Galeri Pelita Hati, Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia