Berita Harian

Masyarakat tidak wajar jadikan Sungai Raya pusat sampah

-

jijik dan kotor. Itulah gambaran betapa kotornya Sungai Raya yang terletak di Batu 9 Cheras, dekat Kuala Lumpur.

Terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat, sungai ini hampir 20 tahun kotor tanpa sebarang tindakan penguatkua­saan mahupun pembersiha­n.

Ya, memang bersih apabila hujan. Namun selepas hujan, keadaan kembali kotor apabila penduduk mula membuang sampah ke dalam sungai.

Inilah sikap orang kita yang menumpang selesa, namun langsung tidak memikirkan nasib alam sekitar. Sikap acuh tak acuh ini sudah bermastaut­in dalam diri masingmasi­ng.

Ketua Kampung sudah menegur sikap penduduk, namun masih tidak diendahkan.

Tindakan ikut aduan

Pihak berkuasa belum pernah membuat sebarang pemantauan mahupun tindakan. Memang benar, tindakan hanya diambil apabila ada aduan, tetapi sudah tugas pihak berkuasa tempatan menyelengg­ara ekosistem dan kebersihan sungai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua seharusnya mengambil peduli kerana campur tangan daripada ADUN lebih kuat berbanding pihak lain.

Sungai Raya ini sebenarnya pernah menjadi ikon kawasan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur kerana berjajaran sehingga ke Sungai Congkak.

Sampai bila sungai ini perlu menelan sampah?

Pembersiha­n perlu dilakukan, sekurang-kurangnya PBT perlu meletakkan papan tanda amaran seperti ‘pembuang sampah akan didakwa, tangkap gambar dan whatsapp aduan’ dan pelbagai lagi bentuk hukuman yang lebih kreatif dan efektif.

Masyarakat perlu berubah

Sifat hukuman bertujuan menegur, mendidik dan memberi kesan langsung dan pengamatan jitu dalam jiwa masyarakat.

Masyarakat perlu peka dengan perubahan sungai yang pernah menjadi sumber alam semula jadi. Jangan sampai ‘ayam di reban disambar helang’ dan jangan sampai ‘padi ditanam menjadi lalang’ kerana ketika dan detik itu, alam sudah tidak lagi bernyawa.

Mengharap pertolonga­n masyarakat yang sememangny­a haus dengan kemajuan. Rintihlah dengan apa cara sekalipun, selagi sikap masyarakat tidak diubah sampai bila tiada perubahan.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Sampah sarap memenuhi kawasan sekitar Sungai Raya, di Cheras.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Sampah sarap memenuhi kawasan sekitar Sungai Raya, di Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia