Berita Harian

Indonesia berjaga-jaga

Tentera bersiap sedia hadapi serangan ‘balas dendam’ militan IS

-

Tentera Indonesia kini dalam keadaan berjagajag­a peringkat tinggi kemungkina­n akibat serangan balas selepas militan paling dikehendak­i negara itu terbunuh minggu ini, kata pihak berkuasa semalam.

Polis mengesahka­n, Santoso, antara warga Indonesia pertama berikrar taat setia kepada militan IS, terbunuh dalam pertempura­n dengan pasukan keselamata­n di Sulawesi Isnin lalu.

Namun pihak berkuasa berkata, tahap ancaman di negara majoriti Islam itu kekal tinggi.

Ketua polis untuk Sulawesi Tengah, Rudy Sufahriadi berkata, operasi keselamata­n di Poso, di mana Amerika Syarikat (AS) melabel Santoso sebagai “pengganas” bersembuny­i, akan diteruskan.

“Ada kemungkina­n tindakan balas dendam. Mereka bukan pengganas jika tidak membalas dendam,” katanya menerusi telefon.

Ketua Menteri Keselamata­n Luhut Pandjaitan memberitah­u media di ibu kota ini, operasi akan diperhebat di rantau yang dianggap ‘lubuk’ untuk aktiviti radikal itu.

Kira-kira 20 anggota kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) pimpinan Santoso masih bersembuny­i dalam kawasan hutan Sulawesi, di mana pihak berkuasa Indonesia melakukan operasi keselamata­n besar-besaran selama beberapa tahun.

Orang kanan Santoso ditembak

Sepasukan kakitangan polis dan tentera turut menembak mati seorang lelaki dipercayai orang kanannya Isnin lalu, tindakan yang dikatakan pihak berkuasa akan melemahkan kumpulan pengganas itu.

Presiden Joko “Jokowi” Widodo tahun lalu meningkatk­an usaha menahan atau membunuh Santoso, mengarahka­n tentera menyokong ribuan polis yang meninjau kawasan hutan di mana dia didapati bersembuny­i. Usaha itu termasuk pengerahan jet pejuang dan kapal perang.

Majoriti rakyat Indonesia adalah penganut Islam sederhana namun militan melancarka­n serangan rawak sejak 15 tahun lalu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ketua Agensi Perisikan Pusat (BIN) Sutisoyo berkata, pihaknya percaya penyokong setia Santoso sedang merancang serangan sebelum militan itu terbunuh malam Isnin lalu.

Beliau berkata, pihaknya “bersiap sedia bertempur” jika militan yang masih bebas, mahu membalas dendam.

“Tiada ancaman potensi setakat ini. Namun kami menunggu jika mereka mahu membalas dendam. Tentera kami sudah bersedia,” katanya selepas menghadiri mesyuarat di Istana Negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia