Berita Harian

Trump calon Republikan lawan Hillary

Peroleh 1,237 undi majoriti perwakilan

-

Parti Republikan secara rasmi mencalonka­n Donald Trump untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam, kejayaan hebat buat jutawan hartanah itu yang satu ketika dulu pernah diejek atas citacitany­a.

Selepas kempen bergelora yang menyaksika­n 16 pesaing disingkirk­an, jutawan hartanah itu berkata, sudah sampai masanya untuk “berjuang habishabis­an” dan mengalahka­n pencabarny­a daripada Demokrat, Hillary Clinton 8 November ini.

“Ini adalah satu pergerakan,” katanya kepada delegasi menerusi ucapan video.

Di atas pentas konvensyen, anggota parti dari Alabama dan Virginia Barat bergilirgi­lir berikrar menyatakan sokongan perwakilan mereka.

New York diwakili anak sulung Trump yang menyerahka­n majoriti dan tambahan satu perwakilan bagi melengkapk­an pencalonan.

“Adalah satu penghormat­an buat saya untuk meletakkan Donald Trump sebagai calon teratas dalam pengiraan perwakilan malam ini,” kata anak lelakinya, Donald Trump Jr kepada perwakilan di Konvensyen Kebangsaan Republikan disambut sorakan dan tepukan.

Apabila jutawan bermulut lantang itu turun dari eskalator Trump Tower di New York 13 bulan lalu untuk mengumumka­n penca lonannya, segelintir pakar malah memberinya harapan tipis.

Senjata rahsia

Kempennya mencabar norma politik, mengetenga­hkan dasar yang mencetuska­n hasutan perkauman, menyinggun­g blok pengundi utama dan kempen pengiklana­n besarbesar­an.

“Ia sukar dipercayai. Ia sememangny­a benar. Saya amat bangga dengan ayah saya,” kata anak perempuan Trump yang juga ahli perniagaan, Ivanka Trump, sering digambarka­n sebagai senjata rahsianya.

Sementara itu, Gabenor Indiana, Mike Pence dipilih untuk merebut jawatan Naib Presiden.

Trump mendapat undi majoriti perwakilan, 1,237 yang diperlukan sebelum berdepan calon Demokrat, Hillary Clinton dalam pilihan raya pada 8 November. Beliau dijangka menerima pencalonan rasmi itu dalam satu ucapan Khamis ini.

Bagaimanap­un ada kalangan negeri yang enggan menghormat­i konvensyen parti. “Saya amat kecewa,” kata Senator Utah, Mike Lee. Delegasi Washington, Teri Galvez berkata dengan jelas: “Kami tidak menyokong Donald Trump.”

 ?? [ FOTO AP ] ?? Trump bersama isterinya, Melania dalam Konvensyen Kebangsaan Republikan bermula Isnin lalu.
[ FOTO AP ] Trump bersama isterinya, Melania dalam Konvensyen Kebangsaan Republikan bermula Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia