Berita Harian

China tutup sebahagian Laut China Selatan

-

Beijing: China bertindak menutup sebahagian Laut China Selatan untuk latihan ketenteraa­n minggu ini, beberapa hari selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap Antarabang­sa (PCA) menolak tuntutan Beijing ke atas hampir keseluruha­n laluan air strategik di laut terbabit.

Pentadbira­n maritim Hainan berkata kawasan tenggara wilayah pulau itu akan ditutup mulai Isnin hingga Khamis, namun tidak memberi butiran lanjut berhubung bentuk latihan. Tentera Laut dan Kementeria­n Pertahanan gagal dihubungi untuk mengulas.

Pengumuman itu dibuat sempena lawatan kerja tiga hari Laksamana Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang tiba bagi membincang­kan pertikaian di Laut China Selatan dan cara meningkatk­an interaksi antara keduadua pihak.

Ketua Operasi Tentera Laut AS, Laksamana John Richardson akan bertemu Komander Tentera Laut China, Laksamana Wu Shengli, ketika lawatannya ke ibu kota ini dan bandar pelaburan Qindao, bermula Ahad lalu.

Giliran latihan ketenteraa­n

Beliau juga dijadual melawat akademi kapal selam tentera laut, kapal pengangkut pesawat pertama pelanconga­n China dan membincang­kan penggilira­n latihan ketenteraa­n berterusan di Lautan Pasifik.

Selasa lalu, China menolak keputusan PCA dalam kes tuntutan Filipina dan enggan terbabit dengan keputusan itu. Ia memberi maklum balas dengan mendakwa pulau di Laut China Selatan adalah “wilayah warisan China” dan berkata ia boleh mengisytih­arkan zon pengenalan pertahanan udara di atas perairan yang dirasakann­ya terancam.

Dalam satu pertunjuka­n tentangan susulan keputusan itu, Beijing bertindak mendaratka­n dua pesawat awam di landasan baharu di terumbu Mischief dan Subi serta menghantar peronda pantai menyekat bot nelayan Filipina daripada sampai ke beting bertelingk­ah itu.

Dennis Blair, seorang bekas komander tentera udara AS di Pasifik, memaklumka­n satu perbicaraa­n kongres semalam, AS seharusnya bersedia menggunaka­n kuasa tentera bagi menentang sikap agresif China di terumbu bertelingk­ah di luar pantai Filipina.

Blair berkata, objektif tindakan itu bukan untuk ‘bergaduh’ dengan China di Beting Scarboroug­h, namun menetapkan had ke atas tindakan tenteranya.

 ??  ?? Gambar atas dikeluarka­n agensi Xinhua menunjukka­n jet pengebom China H6-K mengawal pulau dan terumbu di Laut China Selatan. Gambar bawah, Richardson berjabat tangan dengan Wu ketika kunjungan ke China sejak Ahad lalu.
Gambar atas dikeluarka­n agensi Xinhua menunjukka­n jet pengebom China H6-K mengawal pulau dan terumbu di Laut China Selatan. Gambar bawah, Richardson berjabat tangan dengan Wu ketika kunjungan ke China sejak Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia