Berita Harian

Ahli akademik Turki dilarang keluar negara

Panggil pulang segera, arah universiti periksa kakitangan ada kaitan dengan FETO

-

l

Majlis Pendidikan Tinggi Turki mengharamk­an semua ahli akademik daripada menyertai tugas ke luar negara dan menggesa mereka yang berada di luar supaya segera pulang ke negara itu, lapor agensi berita tempatan, semalam.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Turki memperluas­kan operasi pembersiha­n selepas cubaan rampasan kuasa besarbesar­an oleh tentera dan polis sehingga ke sektor pendidikan dalam usaha menjejaki penyokong ulama, Fethullah Gulen yang dituduh mendalangi cubaan pemberonta­kan itu.

Sambung pengajian

Pihak majlis berkenaan turut mengarahka­n rektor universiti supaya “segera menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas semua kakitangan akademik dan pentadbira­n yang ada kaitan dengan FETO atau “Pertubuhan Pengganas Fethullah”, ketika ia mengenal pasti penyokong Gulen, dan membuat laporan menjelang 5 Ogos depan.

Ia juga memaklumka­n pihak universiti bahawa ahli akademik yang sudah berada di luar negara atas faktor kerja atau menyambung pengajian perlu kembali ke tanah air “dalam tempoh secepat mungkin.”

Dalam pada itu, penyiar persendiri­an NTV melaporkan, Lembaga Pendidikan Tinggi Turki menggantun­g empat rektor universiti ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan mempengeru­sikan satu mesyuarat keselamata­n buat kali pertama sejak rampasan gagal, ketika isyarat global meningkat berhubung pembersiha­n meluas yang menyaksika­n kira-kira 60,000 orang sama ada ditahan atau dipecat.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Anggota Persatuan Peguam Turki memegang sepanduk dalam satu perhimpuna­n di Istanbul, semalam.
[ FOTO EPA ] Anggota Persatuan Peguam Turki memegang sepanduk dalam satu perhimpuna­n di Istanbul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia