Berita Harian

56 orang awam maut, serangan tentera AS di Al-tukhar

-

Beirut: Sekurang-kurangnya 56 orang awam termasuk kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam serangan udara oleh tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS), kelmarin berhampira­n perkampung­an Syria ditawan militan IS.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, tentera pakatan tersilap mengebom orang awam yang disangka militan ketika melarikan diri dalam pertempura­n di AlTukhar, wilayah Aleppo.

Sementara itu pemantau berkata, di tempat lain wilayah Aleppo, serangan udara yang berkemungk­inan dilakukan Russia mengorbank­an 21 orang awam termasuk enam kanakkanak di bandar yang ditawan pemberonta­k di Atareb.

Pemantau yang bergantung dengan jaringan sumber dalam Syria bagi mendapatka­n maklumat berkata, ia mengenal pasti pesawat tentera digunakan dalam serangan dari segi jenis, lokasi, corak penerbanga­n dan peluru digunakan.

Ketika ditanya mengenai serangan di Altukhar, tentera bersekutu yang diketuai AS berkata mereka ‘melakukan serangan udara berhampira­n Manbij baru-baru ini’ dan meneliti laporan dakwaan orang awam yang terkorban.

“Seperti mana dakwaan yang kami terima, kami akan menyemak sebarang maklumat mengenai insiden itu, seperti jarak lokasi” dengan serangan udara.

“Kami mengambil semua langkah ketika proses sasaran bagi mengelak atau mengurangk­an korban awam atau kerosakan dan mematuhi prinsip Konflik Undang-undang Tentera,” katanya.

Al-tukhar yang terletak 14 kilometer dari utara bandar Manbij, adalah kubu kuat IS yang berulang kali menjadi sasaran oleh tentera bersekutu yang diketuai AS.

 ??  ?? Penduduk melarikan diri dalam pertempura­n di Al-tukhar, wilayah Aleppo.
Penduduk melarikan diri dalam pertempura­n di Al-tukhar, wilayah Aleppo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia