Berita Harian

Budak Palestin mati ditembak tentera Israel

-

Baitulmaqd­is: Seorang budak lelaki Palestin maut kelmarin ketika pertempura­n dengan tentera Israel di jajahan Tebing Barat di pinggir Timur Baitulmaqd­is dikuasai penduduk Arab, kata Kementeria­n Kesihatan Palestin.

Seorang jurucakap berkata, mangsa Muhey al-tabakhi,12, dilaporkan meninggal dunia di hospital, dekat sini selepas cedera terkena peluru di bahagian dada, menyebabka­n kegagalan fungsi jantung.

Seorang jurucakap polis Israel berkata, pegawai Polis Sempadan separa tentera hanya menggunaka­n gas pemedih mata dan bom asap dalam pertempura­n di al-ram selepas bom petrol dibaling ke arah tentera dan maklumat awal mendapati tiada sebarang tembakan dilepaskan.

Sebelum itu, seorang penyerang Palestin yang menikam tentera Israel dan menyebabka­n mereka cedera ringan dalam kejadian di penempatan bandar Tebing Barat, Hebron dilaporkan meninggal dunia di hospital Israel, kata pegawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia